Wednesday, December 16, 2015

ADAKAH DEMAM PANAS AKAN MEMBERI KESAN BURUK PADA KEHAMILAN?

Assalamualaikum..


Bila sebut tentang demam, tak kisah la demam biasa atau demam panas pasti akan diikuti dengan jangkitan kuman kan sekarang ni? Macam mana pula kalau yang demam itu adalah ibu yang sedang hamil? Adakah merbahaya bagi ibu dan bayi yang dikandung?

KESAN BURUK DEMAM PANAS


Demam mungkin kedengaran biasa bagi kita namun tidak pada wanita hamil. Demam yang melebihi 38°c adalah dalam kategori demam panas yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman.


Ini boleh menyebabkan kesan negatif pada perkembangan bayi yang dikandung.

KENAPA WANITA HAMIL MUDAH DI JANGKITI SIMPTOM DEMAM?


Wanita hamil mudah dijangkiti demam kerana antibodi mereka rendah kira-kira 90% sahaja berbanding wanita tidak hamil.


Demam yang berlanjutan selama 3 hingga 5 hari ataupun lebih boleh memberi impak buruk pada ibu dan bayi. Ibu perlu mendapatkan rawatan lanjut secepat mungkin.

Kebiasaannya, demam yang diikuti dengan ruam dan sakit sendi adalah disebabkan oleh jangkitan kuman cytomegalovirus (CMV), toxoplasma dan parvovirus. CMV adalah punca utama yang menyebabkan pekak pada bayi (congenital deafness).

BAGAIMANA DEMAM BOLEH JEJASKAN IBU & KANDUNGAN?


Antara risiko yang boleh menimpa ibu dan kandungan jika ibu hamil mengalami demam adalah :

√ Demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh demam virus atau selesema yang melibatkan simptom suhu badan yang tinggi. Ini meningkatkan risiko ibu untuk mendapat jangkitan paru-paru dan otak.

√ Kelahiran pra-matang

√ Risiko keguguran

√ Demam yang melibatkan suhu yang tinggi boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

√ Demam denggi berdarah misalnya boleh memberikan risiko pendarahan dalam rahim.



BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH DEMAM PANAS?


Sebagai wanita hamil, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan diri kita. Jadi, kita perlu mengambil langkah untuk mengelakkan dari terkena jangkitan demam. Antara caranya adalah :

➡ Ibu hamil perlu mengambil langkah berwaspada terhadap demam dan mendapatkan rawatan secepat mungkin jika terdapat simptom demam.

➡ Hal ini kerana demam pada wanita hamil boleh berlarutan dan akan memudaratkan kesihatan fetus.

➡ Elakkan berada dalam keadaan yang boleh mengundang demam seperti terkena hujan atau perubahan cuaca yang drastik ataupun berada ditempat yang sesak.

➡ Mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja seperti paracetamol dan antibiotik.



SUPLIMENT YANG MEMBANTU IBU HAMIL DEMAM PANAS


Selain daripada mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor, ibu hamil juga boleh mengamalkan supliment untuk meningkatkan antibodi. Shaklee mempunyai supliment khas untuk ibu hamil yang mempunyai antibodi rendah.

Supliment yang ibu hamil boleh ambil jika mengalami demam panas adalah :


1 - VITAMIN C
➡ Mengurangkan simptom demam dan selesema.


2 - NUTRIFERON
➡ Mengandungi biji labu dan saffron yang membantu meningkatkan imun secara semulajadi.


3 - GARLIC COMPLEX
➡ Bertindak sebagai antibiotik semulajadi.


4 - OMEGA GUARD
➡ Minyak ikan sangat membantu untuk mencairkan kahak jika mengalami batuk.


Ini adalah 3 supliment basic yang ibu hamil boleh amalkan untuk meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang menyerang ketika hamil.

Sekali lagi ieda nak pesan ye, jika ibu-ibu yang sedang hamil mengalami demam atau demam panas, segeralah ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut.

Untuk menempah supliment diatas, boleh hubungi ieda di :

Whatsapp / SMS / Telegram
017-9563621

1 comment:

  1. Saya sekeluarga memang amalkan nutriferon bila demam, tak nak makan panadol yg doktor bagi maybe ade side effect lepas makan panadol

    ReplyDelete