Wednesday, December 9, 2015

6 VITAMIN WAJIB IBU HAMIL PERLU AMBIL

Assalamualaikum..


Hari ini, ida nak bercerita sikit tentang vitamin yang wajib diambil oleh ibu hamil demi kepentingan tubuh badan ibu dan semestinya demi bayi yang dikandung.

Sesetengah ibu culas makan vitamin yang dibekalkan oleh nurse kan? Tahukah ibu-ibu, setiap vitamin yang dibekalkan mengandungi khasiat dan kepentingannya tersendiri?

Kadang-kadang terdapat alasan yang menyebabkan ibu tidak mahu makan vitamin tersebut seperti 'orang tua-tua cakap, kalau makan vitamin yang nurse bagi nanti bayi besar, susah nak beranak.' Betul tak? Sebenarnya teori ini salah.

Mari kita tengok, apakah fungsi dan kepentingan setiap vitamin yang wajib diambil oleh ibu hamil ini.

VITAMIN-VITAMIN WAJIB DIAMALKAN KETIKA HAMIL


1 - VITAMIN B12
• Vitamin B12 ini biasanya boleh didapati didalam daging, telur, ikan dan susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

• Perlu untuk pembentukan sel darah demi kebaikan bayi yang dikandung.

2 - ZAT BESI
• Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

• Ibu hamil memerlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip mengambilnya kerana jika tidak cukup bekalan zat besi boleh menyebabkan hb rendah pada ibu.

• Masalah hb rendah boleh undang risiko pada bayi seperti lahir pra-matang atau kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.

3 - VITAMIN C
• Vitamin C membantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Selain itu, ia sangat penting untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.

• Semasa hamil, sekurangnya perlu mengambil sebanyak 85mg vitamin C setiap hari.

4 - ASID FOLIK
• Ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan seperti SPINA BIFIDA atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang.

• Setiap ibu hamil memerlukan asid folik sebanyak 400mcg setiap hari.

• Bila perlu diambil? Dari mula mahu hamil (3 bulan sebelum hamil) sehingga 3 bulan pertama kehamilan. Masa ini, ibu sangat-sangat memerlukan keperluan asid folik kerana semasa 3 bulan pertama kehamilan, proses pembesaran janin sangat pesat. Semasa inilah untuk mengelakkan terjadinya kecacatan seperti dinyatakan diatas.

5 - KALSIUM
• Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi serta untuk kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

• Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tidak cukup pengambilan kalsium, bayi akan ambil dari simpanan kalsium ibu dan akan menyebabkan risiko ibu terkena OSTEOPOROSIS (kereputan tulang) di kemudian hari.

• Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mcg kalsium setiap hari sepanjang kehamilan.

6 - VITAMIN D
• Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang dan gigi ibu yang sihat. Ia juga bagus untuk perkembangan tulang bayi.

• Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

4 SUPLIMENT SHAKLEE MENGANDUNGI SEMUA VITAMIN DIATAS


Kalau ibu-ibu nak tahu, shaklee mempunyai supliment yang mengandungi kesemua vitamin yang dinyatakan diatas dengan lengkap. Terdapat 4 jenis supliment yang memenuhi kriteria kandungan vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil.

Supliment tersebut adalah :

1 - BCOMPLEX



2 - VITALEA


3 - VITAMIN C


4 - OSTEMATRIX




Hubungi Ieda Dayah untuk maklumat lanjut :
WHATSAPP / SMS
017-9563621

1 comment:

  1. Pengambilan Vitamin semasa mengandung memang amat penting. Untuk kesihatan ibu dan bayi agar masa bersalin nanti lancar dan sihat.

    ReplyDelete