Monday, November 17, 2014

HARI GRADUASI DAN ANUGERAH JPTP TADIKA PERPADUAN ZON C DAERAH KUANTAN

HAIKAL DIANUGERAHKAN PELAJAR CEMERLANG 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah, selesai sudah hari graduasi tadika di tempat haikal belajar.. Maka dengan itu, tamat sudahlah haikal belajar di tadika selama 2 tahun 2013-2014.. Haikal belajar di Tadika Perpaduan Taman Tas Ria dan diajar oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Hasni dan juga Cikgu Aida.. Alhamdulillah, selama 2 tahun Haikal belajar di tadika tersebut terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam akademiknya..

Ida sangat berterima kasih kepada 2 orang guru ini kerana telah banyak mengajar Haikal dari tidak berapa ingat ABC, selalu hilang salah satu nombor ketika mengira 123, tidak pandai membaca, tidak pandai menulis tetapi kini dia pandai semuanya.. Kini dah pandai mengira nombor 1-100, dah pandai baca ABC, lancar membaca (walaupun baca straight je, langgar je tanda noktah.. hehe), sudah pandai menulis, mewarna dan pelbagai lagi lah..

HAIKAL MENERIMA ANUGERAH


Sebelum Haikal naik ke atas pentas, ida tak tahu pun bahawa Haikal akan dapat Anugerah Pelajar Cemerlang dan dia merupakan no 1 dalam kelas dia.. Ida ingatkan, dia beratur depan sekali saja-saja je (ialah, haikal suka beratur bahagian depan) tapi rupanya sebab dia akan dapat anugerah tersebut.. Sungguh ida tak sangka, betul-betul tak sangkalah.. Sebab Haikal agak nakal di sekolah, di rumah pun puas menyuruh dia buat kerja sekolah.. 


Disekolah pula selalu kena marah dengan cikgu, kena duduk asing sebab suka kacau kawan-kawan, banyak bercakap.. Dirumah pula, balik je dia terus nak main.. Puas disuruh buat kerja sekolah, macam-macam alasan diberi.. Tapi ternyata, sangkaan ida meleset selama ini.. Terasa menyesal kerana selalu marah-marahkan dia..

haikal dan afiqah.. kawan baik..

Apa yang buat ida tak sangka, Haikal masa umur 5 tahun dia agak lambat nak dapat apa yang di ajar cikgu.. Membaca juga agak lambat nak habis satu buku tu.. Selalu juga dia bawa balik buku yang kena diulang baca dan diulang balik tulis huruf sebab dia lupa.. Tapi ada sesuatu yang istimewa yang ida berikan padanya pada awal tahun ini iaitu permulaan masuk tadika bagi umur 6 tahun..

3 orang penerima anugerah pelajar cemerlang bagi tadika perpaduan taman tas ria.. no 1- haikal, no 2-afiqah dan no 3- avinash

Selepas dari itulah nampak prestasi haikal semakin baik.. Haikal dapat mengejar kawan baiknya Nur Afiqah membaca buku, yang mula asalnya dia agak terkebelakang tapi last-last dia dapat menghabiskan membaca buku tersebut bersama-sama.. Cikgu juga mengatakan Haikal wakil bagi pelajar lelaki berumur 6 tahun dan Afiqah wakil pelajar perempuan berumur 6 tahun yang pandai membaca..


HAIKAL SERTAI PERTANDINGAN MEMBACA


Pada akhir bulan Oktober lepas, Haikal dipilih oleh cikgunya untuk masuk pertandingan membaca.. Sepatutnya pertandingan bercerita, tapi disebabkan pertandingan ini diberitahu seminggu sebelum pertandingan jadi budak-budak yang terlibat membaca buku cerita yang diberikan.. Ida agak risau juga pada mulanya, iyalah cikgu bagi beberapa buah buku (kalau tak salah 5 @ 8 buah buku) untuk haikal membaca dan kalau boleh di hafal..


Masa yang ada seminggu sahaja, tiba-tiba Haikal demam pula hari 5 hari sebelum pertandingan.. Bukan cikgu sahaja yang risau, ida pun risau juga.. Tapi alhamdulillah Haikal cepat pulih.. Pada hari pertandingan tersebut barulah Haikal diberi buku yang perlu dibacanya mengikut no giliran..

Ida tidak mengharapkan sangat haikal akan menang,asalkan dia enjoy dan dapat pengalaman pun dah memandai.. Tapi, ida dapat kejutan dari haikal.. Haikal mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan membaca peringkat daerah Kuantan.. Berbaloi juga la kan usaha Haikal berlatih membaca dan membuat gaya..
 
TERIMA KASIH CIKGU AIDA DAN CIKGU HASNI



Alhamdulillah dan ida berharap anak ibu akan terus berjaya dunia akhirat.. Menjadi anak yang baik, mendengar kata, hormat orang tua, rajin belajar dan segala yang baik-baik ibu doakan untuk anak ibu..

SESUATU ISTIMEWA YANG IDA BAGI PADA HAIKAL


Pasti anda ingin tahu kan apa yang ida bagi pada Haikal.. Bukan pada Haikal je tapi pada adiknya juga Haezhal.. Ida mula bagi pada Haikal dan adiknya pada awal tahun hari tu.. Alhamdulillah, dengan bantuan makanan tambahan dari Shaklee itu, Haikal lebih mudah fokus dalam kelas dan senang untuk faham apa yang di ajar oleh cikgunya di tadika..

SET ISTIMEWA KANAK-KANAK DARI SHAKLEE


Ida beri haikal Mealshake dan Vita C Chewable.. Omega Guard ida bagi juga tapi kadang-kadang jela sebab Haikal tak suka kunyah dan tak reti nak telan.. Kalau anak anda suka kunyah Omega Guard itu satu bonus pada anda tau..

Untuk pengetahuan anda, Mealshake dapat membantu anak-anak lebih fokus di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan risiko anak untuk dijangkiti demam, selsema dan sebarang penyakit lain yang boleh di jangkiti di sekolah.. Untuk maklumat lanjut tentang Mealshake, anda boleh rujuk di entry ida ini 10 SEBAB KENAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA ANAK ANDA..



Vita C Chewable pula sangat digemari oleh ramai kanak-kanak.. Rasanya yang sedikit masam amat digemari oleh anak-anak ida terutama si adik.. Pantang nampak botol pasti minta nak makan.. Vita C Chewable ini bagus untuk kanak-kanak kerana ianya dapat membantu menghalang jangkitan kuman, meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak, membantu pertumbuhan tulang, gusi dan gigi yang baik dan banyak lagilah kelebihannya..


Omega Guard juga amat bagus untuk perkembangan otak si manja.. Omega Guard mengandungi omega 3 yang membantu dalam perkembangan minda dan tumbesaran bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi EPA dan DHA yang membantu sel-sel otak anak anda berhubung.. Anda boleh membaca lanjutannya di OMEGA MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK..



   

ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

17 comments:

  1. Alhamdulillah. ..tahniah untuk haikal..saya pun juga bekalkan makanan tambahan utk ank2. .

    set perut kempis pilihan ramai

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Haikal dan tahniah juga kepada ibu bapa

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. tahniah haikal. semoga terus berjaya di masa akan datang...

    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    ReplyDelete
  4. Tahniah haikal...semoga success selalu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tahniah haikal...smoga jadi anak yang soleh..

    Mengatasi Masalah Haid Tidak teratur

    ReplyDelete
  6. Tahniah kpd mama haikal sbb telah ambil lgkah bijak utk anak secerdik haikal..mama dia tlh Berikan vitamin terbaik utk anaknya.. Alhamdulillah..
    CARA MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK SOLEH

    ReplyDelete
  7. Tahniah mama haikal sebab pilih yang terbaik utk haikal..gud boy

    CARA SHOPPING DI ASTRO

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat haikal...supplement shaklee memang terbaik untuk minda anak-anak kita.

    ReplyDelete
  9. Anak saya pun baru sabtu lepas Majlis Ihtifal...alhamdulillah semua berjalna lancar..

    Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

    ReplyDelete
  10. Yeayyy..tahniah both of you!! Semoga terus cemerlang di dunia dan di akhirat. Aamiin...

    ReplyDelete
  11. teringat majlis graduasi tadika yang saya pernah bekerja,sangat seronok time macam ni..kenangan yang indah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah,ibu mana yang tak sayangkan anak. ikhtiar selagi mampu. Usaha lebih hasil mmg terbAik. Saya pun amalkan pengambilan Meal Shakes..memang sgt2 puas hati.

    ReplyDelete