Thursday, October 2, 2014

TIPS DAN PETUA 1

ATASI MASALAH DENGAN TIPS DAN PETUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Mulai hari ini, ida akan kongsikan tips-tips yang berguna untuk anda mencuba.. Tips dan petua ini kadang-kadang berguna juga jika kita sudah mencuba pelbagai cara moden dan ingin mencuba cara tradisional.. Cara baru sentiasa ada tapi cara tradisional jangan dilupa.. Tak ada yang lama, tak ada lah yang baru.. Jom lah ikuti tips dan petua dari ida pada hari ini.. Ida pon dapat tips dan petua ini dari MAJALAH PA&MA, jadi ida akan kongsikan tips dan petua ini disini ye.. 

TIPS DAN PETUA ATASI MASALAH 


LEGAKAN SELESEMA

Jika bayi anda mengalami selsema, ambil sebiji kunyit, patahkan dan sapukan pada batang hidungnya.. Hasilnya bayi anda tidak akan lagi meragam kerana hidungnya sudah tidak tersumbat lagi..


SAKIT GIGI

Jika anda sedang mengalami sakit gigi, ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.. Salaikan seketika serai tersebut di atas api dan biarkan sejuk sedikit.. Selepas itu, gigit serai tersebut di tempat yang sakit.. Dengan cara ini mampu mengurangkan kesakitan yang dialami..


TIADA LAGI KESAN TEH DI CAWAN

Pasti akan terdapat kesan teh ataupun kopi yang melekat di cawan anda setelah lama digunakan.. Agak susah untuk menghilangkan kesan tersebutkan.. Untuk menghilangkan kesan kotoran tersebut, anda boleh mengambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada cawan yang terdapat kesan teh tersebut.. Ambil kain bersih dan gosokkan cawan itu dan bersihkan.. Kesan teh itu akan hilang dengan mudah dan cawan anda akan kembali berseri..


PERIUK BERKILAT

Tahukah anda bahawa sabun mandi dapat mengilatkan periuk?? Caranya adalah, ambil sabun mandi buku, sapu pada periuk dan sental dengan berus periuk.. Kemudian, bilas periuk tersebut dengan air bersih dan hasilnya anda pasti kagum..


BERSIHKAN BOTOL SUSU

Sekiranya anda mahu mencuci botol susu tetapi tidak mempunyai berus botol, anda tidak perlu risau.. Anda hanya perlu mengambil segenggam beras dan masukkan ke dalam botol susu.. Masukkan air sehingga separu botol dan goncang botol sehingga segala kotoran yang melekat di botol susu tersebut hilang.. Akhir sekali, bilas botol sehingga bersih..




Sekian dahulu untuk tips dan petua pada hari ini.. Nanti ida sambung semula dengan lebih banyak tips dan petua yang berguna untuk dilakukan dan sekaligus menyelesaikan masalah anda..

       
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment