Friday, October 31, 2014

TIPS DAN PETUA SELEPAS BERSALIN

KEMBALI CANTIK AYU SELEPAS BERSALIN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Selepas bersalin, perkara pertama yang ibu-ibu fikir adalah kembali ayu, cantik, langsing ramping seperti anak dara dulu.. Penting juga sebenarnya untuk kembali cantik seperti sebelum hamil kerana supaya kita tidak merasa rendah diri ketika bersama suami.. Jom ikuti tips dan petua berguna untuk ibu-ibu semua..

NAIKKAN SERI WAJAH

Agar wajah kembali berseri selepas bersalin, ambil secekak daun pegaga bersama akarnya.. Rebus bersama dua gelas air dan biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal segelas.. Tapis air rebusan itu dan sejukkan.. Minum sekali sehari selepas makan malam dan amalkan seminggu tiga kali..


LANGSINGKAN BADAN

Kembali langsing seperti sebelum hamil adalah impian semua ibu-ibu.. Caranya adalah, ambil dua biji lobak merah, sebiji timun dan sebiji limau nipis.. Potong kecil-kecil dan kisar sehingga hancur.. Selepas itu, tapis airnya dan minum.. Amalkan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.. Hasilnya, badan anda akan menjadi langsing seperti yang diimpikan..


HILANGKAN KEDUT DIMUKA

Untuk menghilangkan kedutan di wajah, parut halus sebiji lobak merah dan masukkan kedalam mangkuk.. Campurkan dengan satu sudu besar tepung jangung dan satu biji kuning telur.. Kacau sehingga sebati dan sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan leher.. Biarkan selama kira-kira 20 minit atau sehingga kering.. Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam dan lapkan dengan kain bersih.. Amalkan selalu agar lebih berkesan..


LEBATKAN RAMBUT

Kebiasaannya, ibu-ibu selepas bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut dan sehingga menampakkan kulit kepala.. Bagi ibu-ibu yang mahu melebatkan kembali rambut, kisar sebiji nenas sehingga menjadi jus.. Biarkan jus tersebut semalaman.. Selepas itu, lumurkan jus tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.. Amalkan tiga kali seminggu..


KULIT LICIN DAN CERAH

Inginkan kulit licin dan cerah, ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua.. Gosokkan limau tersebut pada muka dan seluruh tubuh semasa mandi.. Hasilnya, kulit bukan sahaja licin dan cerah tetapi berbau harum juga..

           
 rujukan MAJALAH PA&MA

TIPS DAN PETUA IBU HAMIL
TIPS DAN PETUA MUDAH BERSALIN

No comments:

Post a Comment