Sunday, October 5, 2014

TIPS DAN PETUA ORANG DULU-DULU PART 2

TIPS DAN PETUA YANG BERGUNA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini adalah Hari Raya Aidiladha atau ada juga yang memanggil Hari Raya Korban/Haji.. Tahun ini ida beraya di Kuala Terengganu, kampung ayah mertua ida.. Kebiasaannya Hari Raya Korban kami sekeluarga beraya di Kuantan sahaja tetapi disebabkan sudah lama tidak beraya di Kuala Terengganu, jadi kami sekeluarga balik menyambut bersama keluarga ayah mertua ida pula.. 

Hari ini, ida nak sambung kongsi tips dan petua untuk anda semua.. Walaupun kita hidup di zaman moden dan banyak jenis ubat yang di jual atau boleh dapat di klinik namun petua orang dulu-dulu jangan di lupa.. Kadang kala ubat moden tidak dapat menyelesaikan masalah kita tetapi petua orang dulu-dulu lebih berkesan..

PAYUDARA KEMBALI ANJAL

Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau baru bercerai susu dengan anak pasti akan mengalami masalah payudara kendur.. Bagi yang tercari-cari jalan penyelesaiannya, jom cuba tips dan petua ini.. 
Ambil sebiji labu, kupas dan masak sehingga empuk.. Setelah masak,
biarkan seketika sehingga kurang panas dan kemudian ramas bagi hancur.. Sapukan pada keseluruhan payudara dan biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum di bilas.. Amalkan sehingga nampak kesannya..


HILANGKAN PARUT

Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk.. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk.. Setelah sebati, sapu rata campuran tadi ke bahagian berparut.. Lakukan sekerap yang mungkin dan masalah parut anda akan beransur hilang..


ELAKKAN ANAK KENCING MALAM

Bagi ibubapa yang mempunyai anak kerap kencing malam, bolehlah mencuba tips dan petua ini.. Setiap pagi dan sebelum tidur, berikan anak anda minum sesudu kecil madu yang di campurkan dengan sedikit perahan lemon.. Mudah-mudahan, masalah anak anda kencing malam akan berhenti..


HALIA ATASI KEMBUNG

Ambil seketul halia bersaiz sederhana besar, bersihkan dan di tumbuk sedikit.. Kemudian masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih pada anggaran setengah gelas.. Tutup permukaan gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.. Selepas itu, tapis dan bahagikan kepada dua bahagian.. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi di simpan dalam peti sejuk.. Sekiranya anda terasa kembung perut lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega..


CANTIKKAN KENING ANAK

Jika anda mahu bulu kening anak anda hitam dan lebat, ambil beberapa helai daun sireh, patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian bergetah pada kening anak.. Lakukan setiap hari dan hasilnya, anda akan dapati bulu kening anak jadi hitam dan lebat.. Tetapi, amalan ini hanya sesuai untuk bayi berusia bawah setahun..


Seperti biasa, lima tips dan petua untuk hari ini.. Esok ida akan kongsikan tips dan petua berkaitan dengan rambut.. Nak tahu apa petua berkaitan dengan rambut?? Kita jumpa esok ye..

           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment