Tuesday, October 21, 2014

TIPS DAN PETUA IBU HAMIL

PETUA BERKAITAN DENGAN MASALAH IBU HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ragam ibu hamil ni macam-macam tetapi masalah berkaitan juga ada tetapi masalah yang ida nak nyatakan ini bukanlah yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan anak yang dikandung.. Awal-awal hamil pasti akan rasa loya-loya, kadang-kadang bagi sesetengah ibu hamil loya dan muntah itu membuatkan mereka tidak bertenaga.. Ibu-ibu hamil juga pasti teringinkan anak yang dikandung mempunyai kulit yang cerah, bersih dan cantik.. Jomlah ikuti tips dan petua yang ida ingin kongikan pada hari ini..

HILANGKAN RASA LOYA

Awal-awal hamil semua ibu-ibu akan berasa loya-loya dan muntah-muntah.. Hanya segelintir sahaja yang bernasib baik tidak mengalami alahan seperti ini.. Bagi mengatasi masalah loya dan muntah ini, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus.. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula.. Minumlah setiap pagi dan insyaallah, rasa loya itu akan hilang..


ATASI REKAHAN KULIT KETIKA HAMIL

Semasa hamil, perut akan mula mengembang untuk menampung pembesaran janin.. Sesetengah orang akan mengalami rekahan di sekitar kawasan perut dan peha mereka.. Untuk mengatasinya, anda boleh memulakan langkah awal seawal anda mengetahui anda hamil.. Caranya adalah sapukan minyak zaitun setiap kali selepas anda mandi dan sebelum anda tidur di kawasan sekitar perut dan peha anda..


MUDAH BERSALIN

Setiap ibu hamil pasti berharap akan dimudahkan proses untuk melahirkan anak yang dikandung.. Anda boleh mencuba tips dan petua ini iaitu ketika kandungan anda mula memasuki usia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat oleh anda sendiri sekurangnya tiga kali seminggu.. Setelah usia anda memasuki 9 bulan, anda perlu mengamalkannya setiap hari sehingga bersalin..


KULIT ANAK CERAH

Setiap ibubapa pasti menginginkan anak yang bakal dilahirkan berkulit cerah.. Anda boleh praktikkan tips ini semenjak diawal kehamilan lagi.. Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran bewarna hijau terutamanya sayur bayam jika mahukan anak berkulit cerah..


KULIT ANAK BERSIH

Selain menginginkan kulit anak cerah, ibubapa juga mengharapkan kulit anak yang dikandung juga bersih.. Anda boleh mengamalkan meminum air kelapa semasa hamil agar kulit anak yang dikandung bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam..
           


No comments:

Post a Comment