Thursday, October 9, 2014

TIPS DAN PETUA DI DAPUR PART 2

MEMBANTU MASALAH DI DAPUR ANDA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bersambung kita dengan tips dan petua di dapur.. Sebelum nie ida ade kongsikan 5 tips dan petua di dapur, bagi yang tidak sempat membacanya anda boleh klik di sini --> TIPS DAN PETUA DI DAPUR.. Jadi jom kita sambung tips dan petua di dapur part 2 pula ye..

UDANG SENTIASA SEGAR

Anda pasti tidak mahu udang yang di beli dan akan di simpan didalam peti sejuk menjadi busuk kan?? Untuk elakkannya menjadi busuk, anda oleh perahkan jus limau nipis ke atas udang semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk.. Dengan cara ini, udang anda akan lebih segar dan tahan lama..


JAUHKAN CICAK

Bila ternampak cicak pasti akan terasa geli kan?? Begitu juga dengan ida, fobia sangat kalau nampak cicak sebab ada kejadian yang ida xleh lupa dengan cicak ni.. Jadi untuk elakkan cicak masuk ke dapur ketika atau bila-bila sahaja, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil beberapa biji telur dan bersihkan kulitnya, kemudian letakkan di tempat yang anda rasa sesuai.. Bau kulit telur dipercayai boleh menjauhkan cicak..


TEMBIKAI TAHAN LAMA

Tembikai akan mudah layu dan menjadi busuk jika di simpan lama.. Jadi untuk mengelakkannya cepat busuk, sapukan kapur makan pada pangkal tembikai.. Dengan cara ini tembikai akan tahan lama dan tidak mudah busuk..


HILANGKAN BAU PETI SEJUK

Peti sejuk mudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak di jaga dengan baik.. Lebih-lebih lagi jika kita simpan banyak barang dalam peti dan terlupa membuang makanan yang tidak elok.. Untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan tersebut, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil dua atau tiga keping roti dan masukkan ke dalm peti sejuk.. Biarkan selama beberapa hari dan gantikan dengan yang baru selepas itu.. Bau dapat di kurangkan dengan menggunakan cara ini.. Selain itu, anda boleh juga meletakkan dua atau tiga ketul arang menggantikan roti tadi..


RANGUPKAN KENTANG

Jika anda inginkan kentang goreng yang rangup dan sedap, amalkan cara ini.. Mula-mula buang kulitnya, dibasuh dan potong mengikut kesukaan anda.. Kemudian, gaul rata kentang tersebut dengan garam secukupnya.. Selepas itu, toskan kentang tersebut kedalam bekas berlubang-lubang seperti penapis santan selama 1 - 2 jam hingga kentang itu kering.. Akhir sekali, gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana..

         
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment