Saturday, October 18, 2014

TIPS DAN PETUA DARIPADA SAYURAN

PETUA BERGUNA UNTUK SEMUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai semua, sihat tak hari ini?? Semoga anda sihat lah ye, jangan lupa jaga kesihatan ye.. Hari ini ida nak kongsi tips dan petua menggunakan sayuran.. Banyak keistimewaan dari setiap sayuran ni tau.. Jom ikuti apakah tips dan petua daripada sayuran ini..

DAUN SALAD

Sekiranya anda ingin mencari rasa ketenangan dan melapangkan fikiran, anda bolehla makan daun salad.. Daun salad dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran.. Selain itu, daun salad juga mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga malah dapat melancarkan sistem pernafasan..


SAWI

Kepada ibu-ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar atau sembelit, anda bolehla mencuba mengamalkan memakan sawi setiap hari.. Caranya ialah tumis sawi bersama sedikit minyak dan sedikit air..


KACANG PANJANG

Sekiranya anda mengalami masalah kurang selera makan dan jarang membuang air besar, bolehlah mengamalkan memakan kacang panjang kerana khasiatnya yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.. Kacang panjang juga kaya dengan antioksida yang berfungsi sabagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kanser terutamanya kanser payudara..


BAYAM

Jika anda mengalami masalah kurap, jangan risau.. Cubalah petua ini.. Tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.. Sapukan adunan tadi pada bahagian kulit yang berkurap dan biarkan sehingga kering.. Amalkan setiap hari sehingga sembuh..


KUBIS

Bagi anda yang mahukan pelembap muka daripada bahan semulajadi, cubalah tips ini.. Ambil beberapa kelopak kubis dan kisar sehingga halus.. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah berserta sedikit air.. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit.. Selepas itu, bersihkan dengan kapas lembap..

           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

2 comments:

  1. zaman bujang2 dulu kitorg suka tumis sayur sawi. murah & mudah. janji tak kebulor. ahah. aci x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. aci2.. yg murah dan simple tu yg sedap..

      Delete