Friday, October 31, 2014

SET SELSEMA @ FLU SHAKLEE

MENGUBATI DAN MENCEGAH SELSEMA @ FLU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Apa khabar semua.. Hari ini ida kurang sihat kerana menghidap selsema, berjangkit daripada anak ida.. Jadi ida nak kongsilah sedikit info tentang selsema ni dan bagaimana mahu merawat selsema ini..

Selsema atau dikenali sebagai flu adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza kumpulan A, B dan C.. Ianya biasa menyerang bahagian hidung, tekak dan paru-paru.. Akan terdapat lelehan cecair di hidung yang di panggil 'hingus', manakala di bahagian tekak dan paru-paru pula di panggil 'kahak'.. Jangkitan selsema atau flu ini mungkin akan terjadi sekiranya kita berdekatan dengan penghidap yang mengalaminya melalui udara seperti batuk, bersin atau bercakap dengan penghidapnya..

TANDA TERJADINYA SELSEMA @ FLU DAN GEJALANYA


Perlu anda ketahui, gejala selsema dan flu adalah berbeza.. Flu kebiasaannya adalah lebih teruk daripada selsema dan mungkin memerlukan berehat yang lama untuk betul-betul pulih.. Manakala, selsema biasanya kurang teruk kerana mereka yang menghidap selsema hanya akan mengalami masalah hidung tersumbat, batuk dan sakit tekak.. Mereka tidak akan mengalami demam seperti mana menghidap Flu..

Tanda dan gejalanya bergantung kepada tahap keterukan pesakit tersebut..
  • Demam tinggi sehingga 39 - 40 darjah celcius
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Keadaan batuk yang teruk
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak 

CARA MENCEGAH JANGKITAN


Dalam apa jua sakit, kita disarankan untuk mencegah dahulu sebelum terkena.. Dan kita juga sedia maklum tentang 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT'.. Jadi untuk mencegah daripada dijangkiti selsema atau flu, ini ada beberapa cadangan pencegahan..
  • Jauhi tempat sesak
  • Jangan dekati orang yang menghidap selsema atau flu
  • Memakai topeng penutup mulut sekiranya berdekatan dengan orang menghidap selsema atau flu
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Kerap membasuh tangan dan basuh tangan selepas bersin atau batuk
  • Menutup mulut ketika batuk atau bersin

SET SELSEMA @ FLU SHAKLEE

Bagi anda yang menghidap selsema atau flu dan mencari supliment sesuai untuk merawat masalah selsema dan flu anda, bolehlah mencuba supliment dari Shaklee.. Bagi yang menghidap selsema dan flu dan perlu bekerja serta memandu kereta, ubat yang dibekalkan doktor pasti akan mengganggu kerja anda.. Ini kerana ubat yang dibekalkan pasti akan membuatkan anda berasa mengantuk..

Dengan supliment Shaklee, anda tidak perlu risau akan masalah mengantuk setelah mengambil supliment untuk masalah selsema dan flu anda..Berikut adalah cadangan supliment yang dicadangkan..

1) NUTRIFERON - Mempertingkatkan sistem imun


2) VITA C - Memusnahkan virus selsema


3) GARLIC - Antibiotik semulajadi untuk melawan virus influenza


4) ZINC COMPLEX - Merangsang sistem imun dan membunuh virus


5) PEPPERMINT GINGER PLUS - Berkesan dalam membunuh bakteria
      





rujukan MyHEALTH - SELSEMA



ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment