Saturday, October 4, 2014

PETUA ORANG DULU-DULU

TIPS DAN PETUA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kita sambung balik ye tips dan petua yang anda boleh mencuba dirumah.. Tips dan petua hari ini pasti ramai yang mencari dan ingin mencuba kerana ada setengah dari petua hari ini banyak di alami oleh orang zaman sekarang.. Jom ikuti apakah petua hari ini..

KURANGKAN PANAS BADAN BAYI

Petua ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi sahaja malah untuk semua peringkat umur.. Jika bayi anda mengalami demam panas, ambil segenggam asam jawa dan ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air.. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa tersebut ke kepala bayi anda.. Insyaallah panas demamnya akan beransur pulih..


SEMBUHKAN LUKA

Sapukan lendir daun lidah buaya (aloe vera) di tempat yang mengalami luka.. Hasilnya, luka itu akan cepat sembuh..


LEGAKAN BATUK

Sekiranya anda mengalami batuk dan mahu mencuba rawatan tradisional, petua ini mungkin dapat membantu.. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan dengan air perahan limau nipis (daripada sehiris limau nipis) dan makan.. Namun jika bayi anda mengalami batuk, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan campurkan dengan air perahan limau nipis.. Setelah di kacau rata, sapukan dibelakang badan dan dada bayi anda (sapu rata nipis, kerana kapur itu panas)..


HILANGKAN KUTU

Masalah kutu ini jika dibiarkan akan menjadi semakin teruk malah, jika duduk berdekatan dengan orang yang mempunyai kutu akan menjangkiti kepala kita.. Pernah ida tengak ada seorang budak ni, mula asalnya ida ingatkan budak itu lelaki tetapi selepas mendengar kakaknya memanggil namanya barulah ida tahu rupanya dia budak perempuan.. Kasihan juga melihatnya kerana rambutnya dipendekkan seperti lelaki akibat masalah kutu..
Untuk menghilangkan kutu, ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulitnya dan tumbuk sehingga lumat.. Kemudian, campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambutnya.. Akhir sekali, balutkan kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci..


KEMPISKAN PERUT

Masalah perut buncit selepas bersalin ni kadang-kadang menjadi igauan kepada ibu-ibu baru lepas bersalin.. Petua ini sesuai untuk yang mahu kempiskan perut buncit mereka sama ada lelaki mahupun wanita.. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula.. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan.. Untuk rasa lebih enak, anda boleh sejukkannya..


Ida kongsikan lima dahulu tips dan petua untuk hari ini.. Tak boleh kongsi banyak-banyak nanti anda jemu nak membacanya (bukan kedekut tau, tapi risau anda jemu nak membaca kalau panjang lebar sangat).. Nantikan lima lagi tips dan petua untuk esok ye..
          
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment