Tuesday, October 7, 2014

PETUA ALAMI BERKAITAN BUAHAN

TIPS DAN PETUA UNTUK SEMUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bersambung lagi kita dengan petua-petua dan tips-tips mungkin juga untuk kegunaan harian kita.. Sebenarnya masih lagi dalam mood raya korban nie, nanti ida cerita tentang raya korban kat korang ye.. Hari ini ida ceritakan tentang tips dan petua dahulu.. 

TIPS DAN PETUA ALAMI


PISANG

Tahukah anda bahawa pisang bukan sahaja sedap untuk di makan tetapi boleh juga membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada kulit wajah.. Caranya adalah kisarkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti puri atau krim kemudian, sapu rata pada muka dan leher.. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan akhir sekali bilas dengan air suam dan sekali dengan air biasa.. Elok digunakan seminggu sekali..
Ida juga pernah menggunakan kulit pisang yang belah dalam untuk menghilangkan kesan parut kemalangan.. Ida menggosokkan kulit pisang belah dalam ke tempat parut luka di muka ida sehingga kesan kuning di kulit pisang tersebut menjadi lebam.. Ida amalkan sehingga parut tersebut hilang..


EPAL

Setiap kali anda memotong epal dan dibiarkan lama pasti akan meningggalkan kesan lebam pada epal tersebut.. Bagi mengelakkan masalah tersebut dan untuk kekal segar, rendamkan buah epal yang telah dipotong tersebut ke dalam mangkuk berisi air yang telah di campurkan dengan sedikit garam sebelum di hidangkan..


BROKOLI

Untuk pengetahuan anda, brokoli yang telah berubah warna kepada warna kuning masih boleh digunakan.. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk dan di biarkan selama 1 jam.. Brokoli tersebut akan kembali segar dan hijau malah sudah sedia untuk dimasak..


CENDAWAN

Bagi yang tidak biasa memasak cendawan pasti agak sukar untuk membersihkan cendawan, di sini terdapat cara yang mudah untuk membersihkan cendawan.. Cara yang terbaik untuk membersihkan cendawan adalah dengan mengelapnya menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya.. Kemudian, pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang..


TOMATO

Untuk merangupkan tomato yang terlalu ranum atau sedikit lembik, rendamkannya di dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.. Hasilnya tomato akan kembali rangup dan segar..

           


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment