Wednesday, October 15, 2014

MAHU KURUS CARA TRADISIONAL??

TIPS DAN PETUA KURUSKAN BADAN CARA TRADISIONAL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagi anda yang sedang terfikir-fikir bagaimana mahu kuruskan badan dan pening memikirkan kenapa sudah berdiet tapi masih lagi tidak turun berat badan dan tidak lagi kurus.. Mungkin cara diet anda itu salah, ialah selama ini anda makan nasi dan anda berhenti makan nasi secara mengejut dan bukannya secara perlahan-lahan.. Ini akan menyebabkan badan anda tidak dapat bekerja seperti sebelum ini kerana salah satu sumber karbohidrat telah anda ketepikan dan anda langsung tidak menggantikan sumber karbohidrat nasi tersebut dengan yang lain.. Cara ini akan menyebabkananda akan kembali kepada nasi secara drastik..

Tapi ida bukan hendak kongsikan cara diet yang betul pada hari ini, ida nak kongsikan tips dan petua bagaimana mahu kurus cara tradisional.. Cara mak-mak, nenek-nenek kita menjaga badan mereka dulu-dulu sebelum wujudnya supliment di zaman mereka.. Jom ikuti tips dan petua tersebut..

BUAH PINANG BOLEH KURUSKAN BADAN

Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur sehingga kering.. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk sehingga lumat dan menjadi serbuk.. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas.. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali.. Amalkan selama dua minggu.. Insya-allah tubuh anda akan semakin langsing..


AIR LIMAU NIPIS MEMBANTU TURUNKAN BERAT

Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, anda boleh mencuba dengan minum air limau nipis.. Campurkan jus dari dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk.. Jadikan minuman rasmi setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam.. Amalkan selama sebulan.. Untuk lebih berkesan, jangan lupa amalkan senaman..


ASAM JAWA KURANGKAN LEMAK

Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelas air.. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai dari bijinya.. Masukkan air tersebut ke dalam peti sejuk dan minum selepas anda makan tengah hari dan makan malam.. Hasilnya berat badan akan menurun dan anda rasa lebih segar..


LANGSING SELEPAS BERSALIN

Bagi anda yang baru lepas bersalin dan ingin langsing seperti sebelum hamil, anda boleh mencuba cara ini semasa dalam pantang.. Ambil lima halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis.. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat dan perahkan limau nipis.. Makanlah bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam.. Amalkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang..


KURANGKAN BUNCIT PERUT

Sekiranya anda mengalami masalah perut buncit, cubalah cara ini.. Mula-mula, ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau nipis.. Perahkan jus limau nipis dan campurkan dengan kapur makan tadi sehingga sebati.. Sapukan pada sekeliling perut setiap malam sebelum tidur dan biarkan sehingga kering atau sehingga keesokan harinya.. Nakkan hasil yang lebih memberangsangkan, pakailah barut..
           






ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment