Friday, October 10, 2014

TEMPAT PERLU KUNJUNGI DI TERENGGANU

DESTINASI MENARIK DI KUALA TERENGGANU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pada hari raya Aidildha hari tu, ida balik kampung di Kuala Terengganu belah ayah mertua ida.. Kebetulan kami tidak pergi ke mana pada hari raya itu, ida ajaklah ayah mertua pergi Kampung Cina nak tengok payung-payung yang diorang gantung.. Ida tahu kewujudan payung-payung itu pun dari seorang rakan facebook yang post tentang payung tersebut.. Mula-mula kami tak tahu pun di mana lokasi payung-payung tersebut, nasib ada adik ayah mertua ida kebetulan ikut sama pergi berjalan.. Kami minta dia tolong tunjukkan arah jalan..

Bagi yang tidak tahu di mana lokasi Kampung Cina tersebut, ia terletak berhampiran dengan Pasar Payang Kuala Terengganu.. Berhampiran situ ada tempat rekreasi menghadap sungai, dan ada pokok-pokok yang menyerupai pokok di ICT.. Ida pon tak tahu nama tempat ni, tapi ianya terletak di belakang Kampung Cina itu.. Malam-malam boleh la nak lepak-lepak di taman rekreasi itu, sambil tengok pokok-pokok cantik tu.. Ha, ida tahu dah tempat ni nama apa.. Pulau Warisan Icity Terengganu.. Ida tahu pun lepas lihat di blog http://denai.my/tahun-melawat-terengganu-tempat-menarik-di-terengganu/..

Disebabkan kami lalu di belakang Kampung Cina itu, kami jumpa tempat bergambar yang cantik.. Dia tampal gambar jalan di dinding dan terdapat beca yang boleh kita naik untuk mengambil gambar.. Inilah becanya..



Haikal juga nak merasa bawa beca

Setelah itu, kami baru pergi ke Lorong Warisan Kampung Cina..



Setiap lorong di Kampung Cina tersebut terdapat berlainan tema.. Jomlah tengok gambar-gambar nie ye.. Tak rugi ajak ayah mertua datang sini..












Ku kunci cintamu..



Haikal dan Haezhal duduk di atas ini menarik perhatian sepasang pelancong dari jerman dan mengambil gambar mereka..


Inilah pelancong dari jerman itu.. Tinggikan sir ni..









 Apalah yang dua beradik ni tengok..





Dekat lorong yang penuh dengan payung-payung itu terdapat gambar muka-muka pemimpin di kalangan orang cina.. Haezhal takut sangat dekat kawasan ini, nak ambil gambar dia kat kawasan ni pon tak boleh.. Menangis sambil menjerit hantuu.. hantuuu.. Takut sangat gayanya.. Inilah gambar-gambar itu.. Tapi rasanya tak cukup 1 gambar sebab ada orang tengah ambil gambar dekat muka tu..











Nanti ida kongsikan 1 lagi tempat yang ida kunjungi masa pergi berjalan-jalan di Kuala Terengganu.. Anda-anda yang ingin melancong ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Kampung Cina ni ye.. Dekat je dengan Pasar Payang.. Rugi tau tak pergi.. Ida pergi tu masa raya haji yang pertama, itu pun ramai orang datang kat Kampung Cina ni.. Lepas juga hajat ida nak berkunjung ke Kampung Cina ini.. Anda juga jangan lepaskan peluang ye jika datang ke Kuala Terengganu..


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment