Friday, October 31, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PENGEDAR SHAKLEE ANDA DISELURUH MALAYSIA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kepada semua ida ingin memaklumkan bahawa ida juga adalah pengedar shaklee untuk seluruh Malaysia.. Anda pasti sudah tahu bahawa ida adalah PENGEDAR SHAKLEE AREA KUANTAN dan KAWASAN COD  juga sekitar area Kuantan.. Sebenarnya, ida juga sedia menerima pelanggan tidak kira berada di mana jua kawasan di seluruh Malaysia ini..

Untuk menghubungi ida, anda boleh menghubungi ida di no 017-9563621 melalui sms / wechat (id- haikal_haezhal91) / telegram / carousell (ieda_dayah)..  Selain itu, anda juga boleh mencari ida di facebook - IEDA DAYAH HEALTH CARE.. Anda boleh menceritakan tentang masalah kesihatan anda dan ida akan mencuba mencadangkan set shaklee yang sesuai mengikut kesesuaian masalah kesihatan anda..

Selain dari mencari supliment untuk kesihatan, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli shaklee untuk mendapatkan tawaran promosi dari shaklee malah anda layak mendapat harga ahli setelah mendaftar sebagai ahli shaklee.. Anda juga boleh menambah pendapatan dengan mendaftar sebagai ahli shaklee.. Banyak faedah yang anda boleh dapat dengan menjadi ahli shaklee..

KELEBIHAN YANG ANDA PEROLEHI

Bagi pelanggan shaklee, ida menyediakan konsultasi percuma kepada anda.. Konsultasi ini hanya khas untuk pelanggan yang membeli dengan ida sahaja.. Konsultasi ini akan berterusan dan anda boleh menanyakan apa-apa masalah kesihatan dan juga tentang supliment yang anda ambil.. Bagi yang mahu menjadi ahli pula, anda jangan risau jika tidak tahu bagaimana mahu menjalankan perniagaan shaklee.. Ida akan masukkan anda dalam group kami dan ida akan membantu menunjukkan jalan bagaimana mahu berjaya didalam shaklee..

Apa yang ditunggu lagi, jom dapatkan pengedar shaklee anda sekarang.. Selain itu, anda juga boleh merujuk di SENARAI PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA.. Disini terdapat senarai pengedar shaklee di seluruh Malaysia yang bernaung dibawah empayar WAHMILLIONAIRE kepunyaan Master Wan Fatihanum..

yang bagus tentang shaklee ini adalah ianya perniagaan keluarga.. daftar nama isteri, suami juga didaftar sekali.. inilah peluang isteri2 nak kepit cik suami rapat2..





  

ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

TIPS DAN PETUA SELEPAS BERSALIN

KEMBALI CANTIK AYU SELEPAS BERSALIN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Selepas bersalin, perkara pertama yang ibu-ibu fikir adalah kembali ayu, cantik, langsing ramping seperti anak dara dulu.. Penting juga sebenarnya untuk kembali cantik seperti sebelum hamil kerana supaya kita tidak merasa rendah diri ketika bersama suami.. Jom ikuti tips dan petua berguna untuk ibu-ibu semua..

NAIKKAN SERI WAJAH

Agar wajah kembali berseri selepas bersalin, ambil secekak daun pegaga bersama akarnya.. Rebus bersama dua gelas air dan biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal segelas.. Tapis air rebusan itu dan sejukkan.. Minum sekali sehari selepas makan malam dan amalkan seminggu tiga kali..


LANGSINGKAN BADAN

Kembali langsing seperti sebelum hamil adalah impian semua ibu-ibu.. Caranya adalah, ambil dua biji lobak merah, sebiji timun dan sebiji limau nipis.. Potong kecil-kecil dan kisar sehingga hancur.. Selepas itu, tapis airnya dan minum.. Amalkan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.. Hasilnya, badan anda akan menjadi langsing seperti yang diimpikan..


HILANGKAN KEDUT DIMUKA

Untuk menghilangkan kedutan di wajah, parut halus sebiji lobak merah dan masukkan kedalam mangkuk.. Campurkan dengan satu sudu besar tepung jangung dan satu biji kuning telur.. Kacau sehingga sebati dan sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan leher.. Biarkan selama kira-kira 20 minit atau sehingga kering.. Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam dan lapkan dengan kain bersih.. Amalkan selalu agar lebih berkesan..


LEBATKAN RAMBUT

Kebiasaannya, ibu-ibu selepas bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut dan sehingga menampakkan kulit kepala.. Bagi ibu-ibu yang mahu melebatkan kembali rambut, kisar sebiji nenas sehingga menjadi jus.. Biarkan jus tersebut semalaman.. Selepas itu, lumurkan jus tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.. Amalkan tiga kali seminggu..


KULIT LICIN DAN CERAH

Inginkan kulit licin dan cerah, ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua.. Gosokkan limau tersebut pada muka dan seluruh tubuh semasa mandi.. Hasilnya, kulit bukan sahaja licin dan cerah tetapi berbau harum juga..

           
 rujukan MAJALAH PA&MA

TIPS DAN PETUA IBU HAMIL
TIPS DAN PETUA MUDAH BERSALIN

TIPS DAN PETUA MUDAH BERSALIN

TIPS MUDAH MEMBANTU IBU MUDAH BERSALIN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai semua, sekarang ni ramai kawan-kawan ida mendapat khabar gembira yang dinantikan setelah berkahwin iaitu disahkan hamil.. Bukan sahaja kawan-kawan ida tetapi sepupu ida, mak sedara termasuk juga biras ida yang sedang menanti kelahiran cahaya mata mereka.. 

Setelah disahkan hamil, pasti teruja dengan khabar gembira itu kan.. Setelah hampir 40 minggu menunggu kelahiran cahayamata ini, perkara yang mendebarkan ibu-ibu adalah ketika menghadapi proses kelahiran.. Bagi yang baru pertama kali mengalami situasi ini pasti akan dimomokkan dengan cerita daripada kawan-kawan tentang kesakitan ketika proses kelahiran.. Kesakitan yang dialami adalah lumrah kepada setiap bakal ibu namun ada tips dan petua bagi memudahkan proses kelahiran itu berlaku..

Bagi ibu hamil, anda boleh baca di TIPS DAN PETUA UNTUK IBU HAMIL

TIPS DAN PETUA 

Antara tips dan petua mudah bersalin adalah seperti berikut :-

AMALKAN MAKAN KURMA

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, amalkanlah memakan kurma setiap hari dan sepanjang tempoh kehamilan dan juga selepas bersalin.. Selain membantu proses kelahiran, kurma juga dapat memberi tenaga dan mengecutkan rahim..


MAKAN TELUR AYAM

Selain mengamalkan makan kurma, anda boleh juga mengamalkan memakan telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan.. Insyaallah, proses kelahiran anda akan menjadi mudah..


MINUM AIR KELAPA

Anda boleh mengamalkan meminum air kelapa sebaik sahaja kandungan anda memasuki usia tujuh bulan.. Banyakkan minum air kelapa agar bayi anda mudah dilahirkan.. Malah, ada juga yang mengatakan, dengan amalkan minum air kelapa rambut bayi akan lebat dan juga kulit anak bersih..


MINYAK KELAPA

Petua ini kita sudah biasa mendengarnya.. Untuk memudahkan proses melahirkan, anda boleh meminum satu sudu kecil minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan..


LENDIR BENDI

Teringat ida pada seorang makcik yang menceritakan kepada ida tentang lendir bendir ini.. Makcik itu menceritakan, dahulu sewaktu dia setiap kali dia disahkan hamil suaminya akan membeli bendi setiap hari untuk dimakan sepanjang kehamilan dan ternyata makcik itu mudah untuk bersalin.. 
Ibu-ibu hamil, dicadangkan untuk mengamalkan makan bendi setiap hari sehingga tiba saat melahirkan.. Pastikan bendi tersebut direbus dahulu.. Dipercayai lendir pada bendi tersebut memudahkan proses melahirkan..


Itulah diantara tips dan petua yang ida dapat kongsikan.. Semoga dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana untuk menempuh proses kelahiran yang memudahkan..           

SET SELSEMA @ FLU SHAKLEE

MENGUBATI DAN MENCEGAH SELSEMA @ FLU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Apa khabar semua.. Hari ini ida kurang sihat kerana menghidap selsema, berjangkit daripada anak ida.. Jadi ida nak kongsilah sedikit info tentang selsema ni dan bagaimana mahu merawat selsema ini..

Selsema atau dikenali sebagai flu adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza kumpulan A, B dan C.. Ianya biasa menyerang bahagian hidung, tekak dan paru-paru.. Akan terdapat lelehan cecair di hidung yang di panggil 'hingus', manakala di bahagian tekak dan paru-paru pula di panggil 'kahak'.. Jangkitan selsema atau flu ini mungkin akan terjadi sekiranya kita berdekatan dengan penghidap yang mengalaminya melalui udara seperti batuk, bersin atau bercakap dengan penghidapnya..

TANDA TERJADINYA SELSEMA @ FLU DAN GEJALANYA


Perlu anda ketahui, gejala selsema dan flu adalah berbeza.. Flu kebiasaannya adalah lebih teruk daripada selsema dan mungkin memerlukan berehat yang lama untuk betul-betul pulih.. Manakala, selsema biasanya kurang teruk kerana mereka yang menghidap selsema hanya akan mengalami masalah hidung tersumbat, batuk dan sakit tekak.. Mereka tidak akan mengalami demam seperti mana menghidap Flu..

Tanda dan gejalanya bergantung kepada tahap keterukan pesakit tersebut..
  • Demam tinggi sehingga 39 - 40 darjah celcius
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Keadaan batuk yang teruk
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak 

CARA MENCEGAH JANGKITAN


Dalam apa jua sakit, kita disarankan untuk mencegah dahulu sebelum terkena.. Dan kita juga sedia maklum tentang 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT'.. Jadi untuk mencegah daripada dijangkiti selsema atau flu, ini ada beberapa cadangan pencegahan..
  • Jauhi tempat sesak
  • Jangan dekati orang yang menghidap selsema atau flu
  • Memakai topeng penutup mulut sekiranya berdekatan dengan orang menghidap selsema atau flu
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Kerap membasuh tangan dan basuh tangan selepas bersin atau batuk
  • Menutup mulut ketika batuk atau bersin

SET SELSEMA @ FLU SHAKLEE

Bagi anda yang menghidap selsema atau flu dan mencari supliment sesuai untuk merawat masalah selsema dan flu anda, bolehlah mencuba supliment dari Shaklee.. Bagi yang menghidap selsema dan flu dan perlu bekerja serta memandu kereta, ubat yang dibekalkan doktor pasti akan mengganggu kerja anda.. Ini kerana ubat yang dibekalkan pasti akan membuatkan anda berasa mengantuk..

Dengan supliment Shaklee, anda tidak perlu risau akan masalah mengantuk setelah mengambil supliment untuk masalah selsema dan flu anda..Berikut adalah cadangan supliment yang dicadangkan..

1) NUTRIFERON - Mempertingkatkan sistem imun


2) VITA C - Memusnahkan virus selsema


3) GARLIC - Antibiotik semulajadi untuk melawan virus influenza


4) ZINC COMPLEX - Merangsang sistem imun dan membunuh virus


5) PEPPERMINT GINGER PLUS - Berkesan dalam membunuh bakteria
      





rujukan MyHEALTH - SELSEMA



ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Monday, October 27, 2014

KAWASAN COD AREA KUANTAN PAHANG

DAPATKAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA SEKARANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai semua.. Hari ini ida nak khabarkan berita gembira kepada pencari pengedar shaklee area Kuantan Pahang.. Pasti anda mahu pengedar yang senang untuk berurusan dan jika boleh dapat menghantar barangan shaklee terus ke hadapan rumah anda kan?? Anda tidak perlu risau lagi, kerana ida boleh menguruskan penghantaran barangan shaklee yang di oder oleh anda..

Bukan sahaja menghantar barangan shaklee kepada anda tetapi juga menyediakan konsultasi percuma khas untuk pelanggan-pelanggan ida.. Anda tidak perlu risau akan bagaimana cara makan, cara betul pengambilan supliment shaklee mengikut set yang anda order dan lain-lain kerana ida akan sentiasa pantau anda dan memberikan penjelasan yang terbaik kepada anda.. 

Kawasan yang ida akan COD dikawasan Kuantan ialah sekitar bandar Kuantan, Taman Tas, Gambang, Batu 6, Inderasempurna, Inderapura dan kawasan berdekatan yang telah ida nyatakan tadi.. Sekiranya anda tidak berada didalam kawasan yang ida nyata tadi, ida akan berusaha akan menghantar kepada anda dengan meminta bantuan daripada suami ida iaitu Fadil.. Jadi anda jangan risau, insyaallah ida akan sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda sebagai pelanggan ida..

Bagaimana mahu menghubungi ida?? Anda boleh menghubungi ida seperti tertera di bawah.. Insyaallah, anda akan dilayan sebaik mungkin..

Barangan yang setia menanti tuan empunya..

 

Inilah pembantu ida yang setia encik suami tercinta Fadil.. suami ida ni bekerja di Inderapura jadi anda boleh juga berhubung dengannya di no 0179795199

ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Sunday, October 26, 2014

PENGALAMAN BARU : PROSES AYAM KAMPUNG

PENGALAMAN BERHARGA DI KAMPUNG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pengalaman yang ida lalui ini ketika balik beraya ketika Raya Korban hari itu.. Petang sebelum hari raya itu, ayah mertua meminta daripada adik iparnya untuk makan ayam kampung yang di bela olehnya.. Kata adik ipar abah, hendak tolong sembelih boleh, tetapi kena urus sendiri lah ayam tersebut.. Ida pon bersetujula nak tolong cabut bulu ayam kerana tidak pernah merasa untuk mencabut bulu ayam..

Setelah mendapat ayam kampung yang disembelih itu, kebetulan tiada pula orang lain yang boleh tolong ida.. Mak mertua ida pula keluar, jadi ida cuma telefon la tanya macam mana nak mencabut bulu ayam tersebut.. Tak susah pon sebenarnya, ambil air yang mendidih dan rendam ayam tersebut bagi memudahkan untuk proses menangggalkan bulu ayam itu.. Tapi satu je yang ida tidak suka, bau hanyirnya menyengat hidung..

Setelah selamat sekor ayam ida cabut bulunya, tinggal lagi sekor lagi.. Yang mula-mula senang je nak cabut bulu tetapi ayam yang kedua ini susah sangat mungkin kerana ayam tua.. Setelah siap mencabut semua bulu-bulu ayam itu, mak mertua ida pula mengambil alih untuk membuang isi perut ayam kampung itu.. Susah juga rupanya proses untuk membuang isi perut ayam kampung berbanding ayam bandar.. 

Jomlah ikuti gambar-gambar yang sempat ida rakam ketika proses pembersihan ayam kampung itu.. Tapi gambar masa ida cabut bulu ayam tiada la pula..







Proses membuang temolok (tempat menyimpan makanan)



Proses menyeluk membuang isi perut ayam kampung





Nampak tak telur ayam kampung jantan (berwarna kuning)




Proses gemang ayam




perap sekejap sebelum di kerat kecil-kecil untuk dimasak..

Gambar yang sudah dimasak tak sempat pula nak ambil.. Sedap sangat, dah lama tak makan ayam kampung sampai tak ingat apa dah.. Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan.. Dah ada pengalaman, lain kali boleh la buat lagi..

 

TIPS DAN PETUA UNTUK ANAK

MERAWAT MASALAH ANAK DENGAN PETUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Tips dan petua untuk ibu sudah begitu juga tips dan petua untuk papa juga sudah.. Jadi sekarang ida mahu kongsi tips dan petua untuk anak pula.. Jom ikuti petua untuk anak-anak pula..

MERAWAT BISUL

Terkena bisul amat menyakitkan.. Untuk mengubati masalah bisul, tumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan bawang putih tersebut pada tempat yang terdapat bisul.. Balut bisul tersubut yang telah disapu dengan bawang putih supaya bawang putih itu tidak terjatuh.. Lakukan beberapa kali petua ini sehingga bisul hilang..


MENGUBATI KECACINGAN

Bagi mengubati masalah cacing, ambil sebiji nenas muda an parut halus.. Perah airnya dan campurkan dengan dua senduk madu atau sirap gula batu.. Kacau sehingga rata dan beri anak minum.. Insyaallah, masalah cacing akan selesai..


ELAK DEMAM SETELAH DISUNTIK

Kebiasaannya, setelah disuntik sesetengah bayi akan mengalami demam.. Bagi mengelakkan terjadinya demam setelah disuntik, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja setelah selesai disuntik..


ANAK BATUK

Kasihankan melihat anak yang sedang batuk.. Untuk mengubatinya, ambil bawang putih dan asam gelugur kemudian bakar sehingga hangit.. Letakkan didalam piring dan campurkannya dengan sedikit minyak masak.. Tenyehkan bawang putih dan asam gelugur tadi sehingga hancur.. Sapukan pada dada anak ketika dia sedang tidur..


KURANGKAN PANAS BADAN

Ambil segenggam beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuning-kuningan.. Selepas itu, masukkan beras pulut tadi ke dalam secawan air panas.. Biarkan sehingga air tadi menjadi suam dan tapis.. Berikan anak anda minum air tersebut..


           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175