Sunday, September 21, 2014

ZOO MINI TAMAN TERUNTUM, KUANTAN

SANTAI DI HARI AHAD BERSAMA KELUARGA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah, jadi ayah mertua ida a.k.a. tok ayah telah berjanji dengan cucunya untuk bawa berjalan-jalan.. Tempat yang dirancang untuk bawa cucunya haikal dan haezhal berjalan adalah ZOO MINI TAMAN TERUNTUM, KUANTAN.. Sebenarnya dah lama kami sekeluarga tidak berkunjung di zoo mini taman teruntum tersebut..

Bagi yang tidak pernah berkunjung ke Zoo Mini ini, ianya terletak di Jalan Padang Golf, Off Jalan Telok Chempedak.. Jika anda dari Bandar Kuantan, anda akan nampak padang golf dahulu baru anda akan jumpa Taman Teruntum.. Berhampiran Taman Teruntum tersebut ada sebuah Istana Sultan Pahang dan jika anda meneruskan perjalanan anda akan sampai ke pantai Telok Chempedak yang sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga anda..

Berbalik kepada Taman Teruntum tersebut, di zoo mini ini mempunyai haiwan seperti beruang, buaya, pelbagai jenis burung, rusa,burung unta, rusa, landak, ular dan pelbagai lagi jenis binatang.. Selain haiwan, taman permainan untuk kanak-kanak juga turut disediakan.. Malah turut terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.. Pada hari tertentu terdapat juga pertunjukan ular dan di samping itu anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan.. Ida terlupa satu perkara, untuk masuk ke Taman Teruntum tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran ianya adalah percuma..

Sangat sesuai untuk ibubapa membawa anak-anak beriadah di hari minggu di Taman Teruntum ini untuk melihat haiwan-haiwan sambil mengajar anak mengenal haiwan yang tidak pernah di lihatnya..


makan-makan dan minum dulu hilangkan penat

lepas hajat haikal nak main benda ni..



kebetulan datang ada orang bukak permainan ini.. ada juga permainan lain.. seronok sangat haikal dan haezhal main permainan ni

lebih kurang ada 13 ekor buaya dalam sangkar ni..

suka adik dapat tengok burung unta..



dahulu kena kurung dalam sangkar, kini dah dapat kawasan rumah sendiri.. 2 ekor ungka tangan putih
gembira sangat gayanya ungka ni dapat rumah sendiri.. seronok melihat telatah ungka ni..







Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

1 comment: