Monday, September 22, 2014

TANGANI MASALAH KESUBURAN ANDA

ATASI MASALAH KESUBURAN DENGAN CARA TRADISIONAL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti ingin hamil secepat yang mungkin tetapi jika selepas beberapa bulan berkahwin dan masih 'kosong' pasti akan menimbulkan keresahan dihati.. Malah jika bulan berganti tahun pasti akan menimbulkan tekanan bagi setiap pasangan yang mendambakan zuriat sendiri tidak kunjung tiba.. Ditambah pula dengan pertanyaan orang tentang bila mahu hamil, sudah hamil ke belum.. Ini pasti akan menimbulkan tekanan bagi setiap pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat.. Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata boleh mencuba beberapa tips ini untuk atasi masalah kesuburan anda tersebut..

MASALAH KESUBURAN WANITA

Bagi wanita, kesuburannya berkait dengan kemampuannya untuk menghasilkan telur.. Telur biasanya hanya akan keluar sekali dalam tempoh satu pusingan haid.. Waktu telur dikeluarkan adalah waktu subur anda maka anda boleh ketahui waktu subur anda dengan cara melihat pusingan kitaran haid anda.. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, kebiasaannya pengeluaran telur berlaku pada hari ke 13 atau 14 hari (dikira dari hari pertama darah haid keluar).. Disebabkan itu amat disarankan kepada pasangan yang mendambakan cahaya mata melakukan hubungan seks pada waktu tersebut..


Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh praktikkan untuk ketahui adakah telur dikeluarkan dan bilakah masanya.. Antara kaedah yang anda boleh gunakan ialah mengukur suhu badan dengan mencatatkan suhu badan menggunakan ovulation thermometer.. Anda perlu mencatatkan suhu badan sebaik sahaja anda bangun dari tidur iaitu sebelum mandi.. Anda hanya perlu masukkan termometer tersebut ke dalam mulut dan dibiarkan selama dua hingga tiga minit dan perlu dilakukan setiap hari kecuali ketika haid..

Kebiasaannya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran telur dan ianya akan meningkat sebanyak 0.2°C.. Kenaikan ini akan berlarutan sehingga sekurangnya 10hari atau lebih.. Sekiranya carta suhu yang dicatatkan tidak menggambarkan penurunan dan peningkatan seperti yang dinyatakan tadi, wanita tersebut mungkin tidak mengeluarkan telur dan inilah puncanya wanita tersebut tidak hamil.. Wanita yang mengalami masalah haid perlulah rujuk dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut..

MASALAH KESUBURAN LELAKI

Bagi lelaki pula, masalah ketidaksuburan mereka dikaitkan dengan keadaan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma tersebut terlalu singkat ataupun terdapat masalah dengan ejakulasi.. Ketidaknormalan ini terjadi oleh beberapa faktor seperti berlaku keradangan pada testis, masalah pembengkakan salur darah testis, pengambilan alkohol, dadah dan merokok, hormon yang tidak stabil, terdedah kepada bahan kimia beracun, saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman dan pemakaian seluar yang terlalu ketat..


Walaupun terdapat pelbagai punca yang berkaitan debian tahap kesuburan, ini bukanlah titik noktah kepada pasangan yang mendambakan zuriat untuk berputus asa untuk terus mencuba.. Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meneruskan niat anda menimang cahaya mata sendiri.. Apa yang penting adalah terus berusaha dan bersedia dari pelbagai aspek kerana rawatan kesuburan mengambil masa yang panjang, mahal dan tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi..

TIP KESUBURAN LELAKI


1- BETIK TINGKATKAN KESUBURAN

Buah betik yang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan.. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.. Ketahuilah bahawa kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma.. Mengambil sebanyak 500mg vitamin C setiap hari penting bagi lelaki dewasa..

2- BERHENTI MEROKOK

Merokok adalah membahayakan kesihatan Dan selain itu boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur..

3- PENGAMBILAN ZINC

Zinc dipercayai mampu mengaktifkan sperma tetapi jumlah zinc yang diambil tidak boleh melebihi 30mg sehari.. Makanan yang mengandungi zinc adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut dan produk tenusu..

4- PAKAI SELUAR LONGGAR

Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal dan tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma..

5- KEBERSIHAN MAKANAN

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat bagus dan digalakkan tetapi anda perlu memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dicuci dengan bersih dan sempurna.. Ini disebabkan oleh racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak dan ini boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu..

6- MINUM LEBIH AIR KOSONG

Pengambilan air losing sebanyak dua liter sehari mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma..

TIP KESUBURAN WANITA


1- JAGA PEMAKANAN

Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan atau minuman seperti makanan ringan atau segera, jeruk, minuman beralkohol dan berkarbonat..

2- KAWAL BERAT BADAN

Bagi yang mempunyai masalah seperti berat badan berlebihan atau kurang berat badan, anda perlulah berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal.. Masalah berat badan boleh mengganggu proses pengeluaran telur..

3- AMAL SENAMAN BERKALA

Bersenamlah secara tetap dan teratur.. Senaman bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh anda tetapi dapat membantu mengekalkan berat anda..

4- WASPADA PENGAMBILAN SEBARANG UBAT

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ubat seperti ubat anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda.. Disebabkan itu, anda disarankan untuk mengambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja..

5- PERIKSA RAHIM ANDA

Endometriosis, fibroid, cyst dan PCOS adalah masalah yang berkaitan dengan rahim dan penyakit ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.. Sangat penting untuk anda ketahui keadaan rahim anda sendiri..

Semoga info ini membantu anda menangani masalah kesuburan anda..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment