Sunday, September 7, 2014

RAWATAN MASALAH KESUBURAN

PELBAGAI KAEDAH MERAWAT MASALAH KESUBURAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebelum ini ida ada menceritakan tentang bagaimana mahu mengenali waktu subur dan langkah awal sebelum hamil di entry sebelum ini.. Bagi anda yang belum membaca entry tersebut, jom baca entry tersebut di KENALI WAKTU SUBUR dan juga LANGKAH AWAL SEBELUM HAMIL.. Di entry kali ini, ida akan ceritakan serba sedikit info tentang KAEDAH MERAWAT MASALAH KESUBURAN yang boleh anda mencuba..

Antara kaedah yang anda boleh mencuba ialah :-

1 - PENGAMBILAN CLOMID

- Clomiphene citrate ialah sejenis pil kesuburan yang anda perlu ambil bermula dari hari ke-2 hingga ke-6 haid untuk membesarkan telur.. Pengambilan pil kesuburan ini hanya boleh diambil sekiranya rahim, sperma dan tiub fallopio tidak tersumbat.. Dos yang perlu diambil mengikut keperluan individu tersebut, kebiasaannya diambil diantara 50mg-200mg bersamaan satu hingga 4 tablet sehari.. Pil ini hanya boleh diambil selepas pemeriksaan doktor sahaja..
 Menerusi kaedah rawatan ini, pemeriksaan faraj perlu dilakukan pada hari ke-12 untuk melihat saiz telur dan ujian darah akan dilakukan pada hari ke-21.. Tetapi, pengambilan pil ini juga mempunyai keburukan seperti boleh menipiskan selaput didalam rahim (endometrium) dan menebalkan cecair pangkal rahim sehingga menyukarkan pergerakan sperma..

2 - PENGGUNAAN LETROZOLE

- Satu lagi jenis pil subur ialah letrozole.. Letrozole ini lebih efektif berbanding penggunaan clomid.. Selain dari itu, ia juga kurang meninggalkan kesan sampingan malah risiko kehamilan kembar juga menurun dengan penggunaannya.. Tetapi di Malaysia pil ini masih belum berlesen, tetapi diluar negara telah lama digunakan untuk merangsang pembesaran telur sejak tahun 2001..

3 - SUNTIKAN

- Suntikan ialah salah satu kaedah lain juga.. Suntikan tersebut ialah suntikan hormon perangsang folikel (FSH) iaitu untuk merangsang perkembangan dan kematangan beberapa telur.. Suntikan ini akan diambil pada hari ke-10 hingga ke-12 kitaran haid.. Suntikan ini adalah yang sama digunakan dalam kaedah IUI (dos kecil) dan IVF (dos tinggi)..

4 - INTRA UTERINE INSEMINATION (IUI)

- Kos kaedah ini adalah murah dan prosedurnya juga mudah.. Selain dari suntikan FSH, suntikan human chorionic gonadotrophin atau HCG akan diberi pada hari ke-13.. Seterusnya, sehari atau dua hari lagi diperlukan bagi membolehkan telur menetas (oocyte).. Kaedah ini sangat bagus untuk mengatasi masalah kekurangan sperma atau cecair pangkal rahim yang tebal.. Hal ini kerana doktor akan memilih rahim yang terbaik sahaja untuk dimasukkan kedalam rahim dan akan memilih waktu yang terbaik untuk meletakkannya kembali..

5 - IN VITRO FERTILIZATION (IVF)

- Sekiranya anda mengalami masalah seperti tiub fallopio tersumbat, masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti dan PCOS, anda boleh menjalani kaedah rawatan kesuburan IVF ini.. Apa yang menarik tentang IVF ini ialah menerusi blastocyst transfer dimana telur akan diperam selama lima hari bagi membolehkan prosedur assisted hatching dilakukan.. Jadi, telur akan lebih kuat melekat didinding rahim anda..
 Melalui kaedah yang sama, anda turut dapat memastikan bayi anda bebas daripada sindrom down, mengenalpasti sekiranya terdapat penyakit-penyakit tertentu pada telur dan memilih jantina bayi yang bakal dilahirkan menerusi pre implanation genetic diagnosis (PGD).. Peratusan dalam kejayaan pemilihan jantina bayi adalah 100%dengan menggunakan kaedah IVF..Walaubagaimanapun, kos rawatan kaedah IVF ini adalah sangat tinggi..

6 - INTRA CYTOPLASMIC SPERM INJECTION (ICSI)

- Selepas doktor mengesahkan bahawa sperma anda mempunyai masalah kuantiti yang sedikit untuk membolehkan persenyawaan berlaku, anda amat sesuai menggunakan kaedah ICSI ini.. Untuk yang mengalami masalah sperma yang kurang berkualiti juga boleh melakukan kaedah ICSI ini..

7 - GAMATE INTRA FALLOPIAN TRANSFER (GIPT)

- Prosedur kaedah ini sangat sukar dilakukan kerana melibatkan laparoscopy.. Tambahan pula, peratusan kejayaannya sangat rendah kerana itulah ia kurang popular dikalangan doktor mahupun pesakit yang mahu menjalani masalah rawatan kesuburan..

Demikianlah sebahagian rawatan kesuburan yang anda dapat jalani.. Semoga info ini dapat membantu anda untuk memilih kaedah rawatan mana yang sesuai dengan anda.. Anda juga perlu rujuk dengan doktor pakar dan berbincang dengan doktor anda untuk memilih kaedah rawatan mana yang sesuai dengan anda..

SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE
SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE
SET SUBUR SUAMI ISTERI SHAKLEE 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment:

  1. set kesuburan memnag terbukti berkesan
    jemput blogwalking
    http://bit.ly/1uFUSPn

    ReplyDelete