Thursday, September 25, 2014

RAWATAN KESUBURAN MODEN

RAWATAN KESUBURAN UNTUK HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Semalam ida ada kongsikan beberapa punca mengapa anda masih lagi tidak dan jika anda masih tidak berkesempatan untuk membacanya, jom klik di -> PUNCA MASIH TIDAK HAMIL.. Anda pasti ingin mengetahui apakah rawatan-rawatan yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil.. Kini terdapat rawatan moden dengan kecanggihan teknologi perubatan.. Rawatan ini sesuai untuk pasangan yang telah berkahwin melebihi enam bulan dan masih tiada tanda-tanda untuk hamil..


Sebelum anda boleh melakukan rawatan moden tersebut, anda perlu lakukan ujian kesuburan untuk mengetahui tahap kesuburan anda.. Antara rawatan yang anda perlu lalui adalah seperti berikut :-

  • Suami perlu membuat pemeriksaan sperma..
  • Isteri perlu membuat pemeriksaan ultrasound bagi memeriksa keadaan rahim dan kilang telur..
  • Selain itu, isteri perlu membuat pemeriksaan hormon untuk mengetahui sama ada hormon anda seimbang atau tidak..
  • Disamping itu, isteri perlu juga membuat pemeriksaan tiub fallopio untuk memastikan tidak tersumbat..


Setelah anda dan pasangan telah melakukan ujian-ujian tersebut, doktor akan memberi pilihan rawatan yang sesuai mengikut masalah kesuburan yang dihadapi oleh anda dan pasangan.. Sekiranya anda dan pasangan tidak mempunyai masalah yang serius dengan tahap kesuburan anda, doktor kebiasaannya akan menyarankan anda untuk 'bersama' ketika waktu subur, membuat pemeriksaan ujian kencing atau memberi preskripsi ubat kesuburan kepadan anda..

Namun, jika anda mempunyai masalah lain dengan tahap kesuburan anda, terdapat pelbagai kaedah moden untuk anda dan pasangan mencuba.. Sains memanggilnya Assisted Reproductive Technique (ART) iaitu terapi kesuburan di mana telur dan sperma di manipulasi untuk menghasilkan sperma ( sumber Dr. Navdeep ).. Terdapat 3 kaedah rawatan moden yang akan disarankan oleh doktor sebagai pilihan kepada pasangan yang bermasalah adalah Intrauterine Insemination (IUI), Invitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).. Jom ikuti apakah fungsi-fungsi kaedah rawatan tersebut..

3 KAEDAH RAWATAN KESUBURAN MODEN


1- INTRAUTERINE INSEMINATION (IUI)


IUI adalah kaedah ringkas yang tidak mengambil masa yang lama dimana pasangan yang bermasalah akan disuntik dengan Follicullar Stimulating Hormone (FSH) untuk merangsang penghasilan telur yang baik.. Si isteri akan disuntik antara lapan hingga 10 hari dengan FSH.. Selepas itu, si isteri akan disuntik pula dengan HSG iaitu ubat yang bertanggungjawab untuk ovulasi (telur akan membesar sehingga 18mm).. Setelah ovulasi berlaku, sperma suami yang dikumpul ketika melalui proses ejakulasi akan disuntik ke dalam rahim isteri selepas 36 jam.. Setelah 3minggu suntikan dibuat, anda boleh membuat ujian kehamilan.. Kadar kejayaan pasangan melakukan kaedah ini adalah 15% hingga 20%..


2- INVITRO FERTILISATION


Kaedah IVF ini adalah kaedah reproduksi kompleks kerana persenyawaan telur dan sperma dilakukan di luar rahim dan kemudian akan dimasukkan kedalam rahim.. Sama seperti IUI isteri akan disuntik dengan FSH untuk merangsang penghasilan telur dan disuntik pula dengan HCG untuk mematangkan telur.. Pasangan yang akan menjalani kaedah IVF tidak dibenarkan untuk bersama selama lebih kurang 3 hari hingga 5 hari bagi mendapatkan kualiti sperma yang terbaik untuk disenyawakan..

Setelah sperma suami diambil dan akan dihatar ke makmal untuk diproses, hanya sperma yang berkualiti sahaja akan dipilih untuk disenyawakan dengan telur yang kemudiannya akan diletakkan dalam inkubator.. Pada hari ke-2, ke-3 atau ke-5, telur yang telah disenyawakan menjadi embrio akan dimasukkan kedalam rahim dengan harapan akan terjadi kehamilan kepada si isteri.. Hanya selepas dua minggu rawatan ini dilakukan, barulah si isteri boleh melakukan ujian darah untuk mengetahui keberkesanan rawatan tersebut.. 


3- INTRACYTOPLASMIC SPERM INJECTION (ICSI)


Sekiranya si suami tidak dapat menghasilkan sperma yang berkualiti maka ICSI adalah kaedah rawatan yang sesuai dilakukan.. Sperma yang berkualiti akan disuntik terus kepada telur tertentu untuk disenyawakan.. Rawatan ini perlu dilakukan sekiranya rawatan IVF gagal..


Semoga info ini dapat membantu anda untuk memilih rawatan yang sesuai untuk anda jalani dan dapat memahami konsep rawatan tersebut.. Tidak kira apa jua cara rawatan yang anda lakukan, jangan sesekali untuk berputus asa dan memohon kepada tuhan untuk memberi rezeki zuriat kepada anda dan pasangan.. Apa yang penting anda dan pasangan telah berusaha, yang tinggal hanya berserah kepadanya..

sumber rujukan MAJALAH PA&MA JANUARI 2013
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment