Friday, September 12, 2014

PENDARAHAN SEMASA HAMIL???

PANDUAN UNTUK ANDA JIKA BERLAKU PENDARAHAN KETIKA HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hamil adalah impian setiap wanita yang telah berkahwin namun tidak semua wanita diizinkan untuk hamil.. Namun tidak semua wanita dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan.. Mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, anda mungkin akan mengalami pendarahan..

Sekiranya anda mengalami pendarahan, anda perlu memaklumkan kepada doktor anda supaya beliau dapat mengetahui amaun daan tahap pendarahan yang sedang anda alami.. Anda perlu mencatat jumlah tuala wanitayang telah anda gunakan mahupun gumpalan tisu yang anda gunakan untuk mengelap pendarahan anda.. Jangan dilupa untuk dibawa bersama supaya senang untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut..

PENDARAHAN DI TRIMESTER PERTAMA

Sekiranya anda mengalami pendarahan di awal kehamilan walaupun beberapa titis darah yang keluar dari vagina anda, ianya perlu diberi perhatian yang khusus dan hendaklah dirujuk kepada doktor dengan segera.. Walaupun ianya adalah masalah biasa, tetapi jangan sesekali dipandang remeh kerana ianya merupakan ancaman kepada komplikasi keguguran..


1) PENDARAHAN IMPLANTASI
Pendarahan implantasi yang berlaku ini adalah hanya sekadar sedikit tompokan darah.. Ianya dikaitkan dengan implantasi normal embrio ke dalam dinding rahim.. Keadaan ini kadangkala berlaku pada atau kira-kira sama hari dengan tarikh sepatutnya anda datang haid.. Ia mungkin akan mengelirukan anda kerana anda mungkin beranggapan ianya sebagai haid ringan dan tidak menyedari bahawa diri anda sebenarnya sedang hamil..

2) ANCAMAN KEGUGURAN
Anda mungkin akan mengalami keguguran jika mengalami pendarahan dan kekejangan perut, tetapi fetus masih lagi berada didalam rahim anda dan kesudahan kehamilan anda masih belum diketahui.. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh terdapat jangkitan pada salur kencing, dehidrasi, penggunaan sesetengah jenis dadah atau ubat dan lain-lain.. Kebiasaannya, keguguran tidak berpunca daripada kativiti yang anda lakukan seperti mengangkat barang berat atau melakukan hubungan seks ataupun tekanan emosi..

3) KEGUGURAN SEMPURNA
Anda mungkin mengalami keguguran sempurna atau dikenali keguguran spontan jika pendarahan dan kekejangan dialami beransur reda.. Malah jika anda menjalani ujian imbasan turut menunjukkan rahim anda kosong dan ini bererti anda telah kehilangan bayi anda.. Puncanya mungkin adalah sama seperti ancaman keguguran dan ia merupakan sebab paling biasa jika terjadi pendarahan di trimester 1..

4) KEGUGURAN TIDAK SEMPURNA
Apa yang dikatakan keguguran tidak sempurna ialah apabila anda melakukan pemeriksaan pelvik dan menunjukkan serviks anda masih terbuka dan mengalirkan darah, gumpalan-gumpalan darah atau tisu.. Sepatutnya serviks tidak terbuka untuk jangka masa yang lama.. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia menunjukkan bahawa anda mengalami keadaan keguguran tidak sempurna.. Masalah ini berlaku kerana rahim mula mengecut sebelum kesemua tisu dialir keluar dari vagina atau terdapat jangkitan tertentu..

5) RAHIM BLIGHTED
Rahim blighted atau kegagalan embrionik terjadi apabila embrio gagal untuk berkembang dan tidak berada didalam kedudukan yang sepatutnya didalam rahim.. Keadaan ini tiada kaitan dengan apa yang anda lakukan atau tidak lakukan ketika hamil kerana ini berlaku kerana keadaan fetus yang cacat..


6) FETUS MATI DIDALAM KANDUNGAN (IUFD)
Penyebab terjadinya bayi mati didalam kandungan adalah sam seperti ancaman keguguran.. Ia amat jarang berlaku ketika di trimester 2 dan trimester 3 namun jika berlaku juga, ianya mungkin disebabkan oleh pemindahan plasenta daripada dinding rahim atau plasenta tidak dapat bekalan darah secukupnya ataupun kekurangan oksigen dan lain-lain..

7) HAMIL LUAR RAHIM
Pendarahan yang berlaku akibat dari hamil luar rahim sangat merbahaya.. Keadaan ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan melekat diluar rahim iaitu didalam tiub fallopio.. Keadaan ini sangat merbahaya sehingga boleh meragut nyawa kerana apabila telur semakin membesar, ia akan menyebabkan tiub fallopio pecah..

8) KEHAMILAN MOLAR
Kehamilan molar ini adalah sejenis kanser yang berlaku akibat hormon kehamilan namun ianya tidak begitu membahayakan nyawa anda.. Tetapi terdapat juga sesetengah kes yang terpencil, tisu abnormal ini boleh membarah dan boleh menyerang dinding rahim malah merebak ke seluruh tubuh..

9) PENDARAHAN POSTCOITAL
Pendarahan postcoital ini biasanya berlaku selepas anda melakukan hubungan seks.. Ianya mungkin normal bagi sesetengah ibu hamil..

10) HAL-HAL LAIN
Kadang-kala pendarahan terjadi mungkin bukan berpunca dari kehamilan seperti koyakan vagina atau terdapat sesetengah jangkitan yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan..

Semoga info ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang anda alami dan segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah yang anda khuatiri..

                     
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

1 comment:

  1. info yang sangat berguna..thanks dear
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1tPwn5f

    ReplyDelete