Saturday, September 13, 2014

PENDARAHAN KETIKA HAMIL PART 2

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Semalam ida ada kongsikan beberapa panduan yang terjadi di trimester pertama.. Jika anda tidak membaca lagi, jom klik di PENDARAHAN DI TRIMESTER 1 untuk membaca punca terjadinya pendarahan di trimester 1.. Pada entry ini, ida akan kongsikan serba sedikit punca terjadinya pendarahan diakhir kehamilan..

PENDARAHAN DI AKHIR USIA KEHAMILAN


Kebiasaannya pendarahan yang terjadi di trimester ketiga adalah masalah yang dialami oleh plasenta.. Sesetengah pendarahan juga mungkin berpunca daripada keabnormalan serviks atau vagina..

1) PLASENTA PRAEVIA
Apabila serviks mula meregang di akhir trimester kehamilan untuk persiapan proses kelahiran, sesetengah saluran darah plasenta akan meregang dan mula pecah.. Ini menjadi punca antara 20% pendarahan ditrimester ketiga dan berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan..


2) PLASENTA ABRUPTION
Masalah ini timbul apabila plasenta yang normal berpisah dari dinding rahim ketika pramatang dan darah berkumpul antara plasenta dan rahim.. Hal ini berlaku kepada 1 dalam 200 kehamiloan.. Puncanya masih tidak lagi diketahui..

3) RAHIM PECAH
Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan bayi tersingkir daripada abdomen.. Rahim pecah ini jarang berlaku tetapi amat merbahaya kepada diri anda.. Kira-kira 40% wanita yang mengalami komplikasi ini perlu menjalani pembedahan ke atas rahim.. Rahim pecah biasanya berlaku sebelum atau semasa proses pelahiran atau di saat anda mahu melahirkan..

4) SALURAN JANIN PECAH
Keadaan ini berlaku kepada 1 daripada setiap 1000 kehamilan.. Saluran darah bayi daripada tali pusat mungkin bersambung dengan membran dan bukannya plasenta.. Jadi saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran kelahiran.. Hal ini turut dikenali sebagai vasa previa dan berlaku kepada 1 dalam 5000 kehamilan..

5) SEBAB-SEBAB LAIN
Sebab lain yang kurang lazim berlaku ialah serviks atau vagina mengalami kecederaan atau luka.. Masalah ini termasuklah polyps, kanser dan varicose veins..


         
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment:

  1. terima kasih atas info yang sangat berguna..
    jemput berblog walking ke blog sy
    http://bit.ly/1tRuWDn

    ReplyDelete