Monday, September 1, 2014

PELAJARI TEKNIK MARMET

TEKNIK MARMET MEMBANTU PARA IBU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Selain menggunakan pam payudara, anda juga boleh mencuba kaedah lain yang lebih berkesan dan dapat menghasilkan susu lebih banyak berbanding menggunakan pam payudara.. Teknik tersebut dipanggil sebagai MARMET iaitu hanya menggunakan tangan tanpa menggunakan apa-apa jenis bantuan peralatan..

Pada peringkat awal, anda mungkin akan merasa rumit dan remeh tetapi lama kelamaan anda akan seronok dengan menggunakan cara ini.. Anda hanya perlu menggunakan teknik yang betul dan berterusan agar dapat membantu diri dalam mengumpul susu perahan tanpa bergantung kepada pam payudara.. Dengan teknik MARMET ini, anda dapat menjimatkan kos tanpa perlu membeli pam payudara..


Mengikut kepada kajian pakar laktasi, sentuhan dari ''kulit ke kulit'' (tangan dan payudara) lebih efektif untuk penghasilan dan pengaliran susu berbanding sentuhan dari ''plastik ke kulit'' (pam dan payudara).. Malahan dengan menggunakan teknik MARMET anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payudara dan payudara menjadi lebam ataupun kulit disekitar payudara melecet akibat daripada penggunaan pam secara berlebihan..

KAEDAH URUTAN


Sebelum anda hendak melakukan teknik MARMET ini anda perlulah membersihkan kedua belah tangan anda.. Kemudian anda tekapkan payudara anda dengan kain tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam.. Seterusnya anda perlulah mengurut dahulu payudara anda untuk melancarkan proses pengaliran susu.. Terdapat 3 cara untuk anda mengurut payudara anda iaitu :-
  1. MASSAGE - Menggunakan jari telunjuk dan tengah untuk lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke areola.. Tangan kanan mengurut payudara belah kiri dan sebaliknya..
  2. STROKE - Menggunakan kelima-lima jari untuk tekan payudara secara lembut.. Anda juga boleh ''menyikat'' payudara dengan menggunakan sikat yang bergigi lebar dari hujung ketiak hingga ke aerola..
  3. SHAKE - Posisi tubuh yang condong ke hadapan dan goyangkan dada anda secara lembut.. Kaedah ini adalah untuk membantu merangsang pengeluaran susu ibu dari hasil daya graviti.. 

KAEDAH MEMERAH

LANGKAH 1 - MENGALIRKAN TAKUNGAN SUSU


1 - Buat pegangan C pada payudara anda dengan meletakkan ibu jari diatas areola ( jarak dalam 1cm), manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah areola setentang dengan ibu jari.. Situasi ini dipanggil mengikut arah jam iaitu ibu jari berada pada kedudukan jam 12 manakala jari telunjuk dan jari tengah berada dikedudukan jam 6..

2 - Tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi, tekankan payudara anda secara lembut ke arah dada.. Kemudian anda perlu memicit secara lembut ibu jari, jari telunjuk dan tengah untuk menggalakkan pengeluaran susu anda dan lepaskan.. Ulang pergerakan tadi secara berterusan picit-lepas picit-lepas..

3 - Ulangi langkah 1--> 2 berterusan sehingga aliran susu anda berkurangan..

4 - Anda perlu mengubah posisi ibu jari ke arah jaam 11, 10, 9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk dantengah di posisi jam 5, 4, 3, 2 dan 1 bagi memastikan kesemua saluran susu dapat diperah dengan sepenuhnya.. Anda perlu teruskan langkah 1 --> 3 ketika mengubah posisi jari-jari tersebut..

5 - Tukar ke payudara sebeleh setelah anda yakin yang anda berjaya mengosongkan payudara anda..

6 - Simpan susu yang diperah tersebut didalam bekas penyimpanan yang bersih dan simpan ditempat


Anda juga boleh mencuba urutan langkah kedua ini untuk melancarkan aliran susu anda..

 

LANGKAH 2 - MELANCARKAN ALIRAN SUSU


1 - Dengan menggunakan kelima-lima jari, urutkan setiap saluran susu anda dengan menekannya secara lembut kearah dada anda dengan bermula dari bahagian atas.. Lakukan gerakan ini dalam gerakan memutar dan tumpukan satu tempat (saluran susu) untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain..

2 - Dengan menggunakan sentuhan geletek, usap payudara anda bermula daripada bahagian atas hingga ke puting..Pergerakan ini dapat membantu menenangkan anda dan melancarkan pengaliran aliran susu anda..

 

ELAKKAN PERGERAKAN INI!!!


  1. Jangan picit puting payudara anda kerana akan menyebabkan lebam..
  2. Jangan sesekali tarik puting kerana ia akan merosakkan tisu payudara anda..
  3. Jangan menggeselkan tangan anda ke payudara anda kerana akan menyebabkan melecet..
    
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment