Friday, September 26, 2014

PANDUAN SEBELUM HAMIL

APA YANG ANDA PERLU BUAT SEBELUM HAMIL??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Semalam ida ada kongsikan panduan untuk anda bagi yang mempunyai masalah kesuburan dan rawatan yang anda boleh jalani untuk meningkatkan peluang untuk anda hamil.. Bagi mereka yang tidak bermasalah dalam kesuburan malah anda sedang merancang untuk hamil, tips dan panduan berikut dapat membantu anda untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil.. Jom ikuti tips dan panduan untuk anda hamil...


TIPS TINGKATKAN KEHAMILAN


1- FAHAMI PROSES KEHAMILAN

Sekiranya kitaran haid anda teratur dalam dalam jangka masa yang sama anda melakukan hunungan intim, sperma yang dilepaskan akan bergerak ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di tiub fallopio.. Persenyawaan akan berlaku dan telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.. Apabila anda lebih memahami sistem reproduksi berfungsi, ini akan menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan membuatkan anda lebih faham mengapa wanita gagal hamil..

2- BERJUMPA DOKTOR

Anda dan pasangan anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani ujian kesuburan sekiranya masih tidak hamil setelah 6 bulan tidak hamil selepas berkahwin.. Ujian tersebut dilakukan untuk mengetahui sama ada anda mempunyai masalah seperti cyst, endometriosis, PCOS atau fibroid yang sering dikaitkan dengan masalah kesukaran hamil.. Penyakit-penyakit seperti ini tidak dapat dikesan tanpa sebarang gejala dan jika dapat mengesannya diperingkat awal, rawatan yang berkesan dapat diberikan..
Sekiranya haid anda teratur dan telah cuba hamil selama enam bulan, anda dan pasangan boleh mencuba menjalani ujian HCG (hysteros-salphingography) untuk memastikan tiub fallopio tidak tersumbat dan dapat mematangkan telur dan analisa sperma bagi mengenal pasti sebarang masalah pada sperma..

3- AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Amalkan mengambil lemak mono tak tepu dan mengurangkan lemak trans yang banyak terdapat dalam makanan segera.. Anda perlu lebihkan protein dan sayur-sayuran dan juga makanan kaya serat.. Anda perlu kurangkan lemak, gula dan karbohidrat termasuk nasi, mi, mihun dan lain-lain..

4- MENGAMBIL MULTIVITAMIN

Semua wanita yang merancang untuk hamil amat disarankan untuk mengambil asid folik seawal tiga bulan untuk mengurangkan risiko kecacatan janin.. Si suami pula dinasihatkan untuk mengambil supliment seperti zink dan sclenium yang membantu meningkatkan pengeluaran dan kualiti sperma..

5- BERAT BADAN IDEAL

Sekiranya anda memiliki berat badan yang berlebihan atau terlampau kurus, ia akan mempengaruhi tahap kesuburan anda.. Disebabkan itu, anda perlu mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda.. BMI anda perlu berada di antara 20 - 24 untuk berat yang ideal..

6- BERSENAM SECARA TERATUR

Untuk mendapatkan tubuh yang sihat, anda dan pasangan perlu kerap bersenam.. Ini akan menjadikan anda dan pasangan lebih sihat secara keseluruhan.. Secara langsung, anda dapat bersedia untuk menghadapi tekanan ketika hamil dan sepanjang proses bersalin..

7- KETAHUI WAKTU SUBUR

Hari subur anda dapat diketahui hanya jika kitaran haid anda teratur dan hari subur anda hanya berlaku selama empat hingga lima hari sebulan.. Untuk mengetahui waktu subur anda, antaranya ialah mencatatkan suhu tubuh anda.. Selain itu, anda boleh rujuk di sini KENALI WAKTU SUBUR ANDA

8- KERAP BERASMARA

Dengan melakukan hubungan asmara lebih kerap dapat meningkatkan potensi untuk anda hamil malah hubungan asmara antara tiga hingga empat hari seminggu amat disarankan.. Ketika hari-hari subur, anda disarankan melakukan hubungan asmara setiap hari.. Sesetengah posisi seks juga dapat membantu untuk anda hamil.. Antara posisi seks yang disarankan ialah si suami berada diatas (missionary position) kerana posisi ini adalah yang terbaik untuk memastikan penembusan optimum di mana sperma dilepaskan berada paling hampir dengan serviks.. Untuk memastikan tiada sperma yang terkeluar selepas dipancut kedalam, anda perlu letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit ataupun biarkan zakar suami anda berada di dalam faraj selama 15 minit selepas pemancutan..

9- TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI

Pastikan kesihatan reproduksi suami anda berada dalam keadaan normal dan optimum dengan mengamalkan gaya hidup sihat.. Termasuklah mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, mempunyai berat badan ideal, kerap melakukan senaman dan lain-lain.. Anda juga boleh rujuk di TIPS TINGKATKAN KESUBURAN untuk mengetahui langkah-langkah lain untuk meningkatkan kesuburan..

10- KURANGKAN TEKANAN

Sekiranya anda mengalami masalah tekanan, ianya akan mengganggu tahap kesuburan anda.. Untuk mengurangkan tekanan anda, anda boleh cuba melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, bersenam, mendengar muzik, membaca dan sebagainya.. Anda juga boleh memanjakan diri anda di spa atau seumpamanya..

11- JAUHI GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Sekiranya anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah atau minum minuman keras, anda perlu menjauhinya kerana ianya akan mengganggu tahap kesuburan anda.. Lebih lagi, ianya akan mengakibatkan keguguran dan komplikasi kehamilan.. Pastikan segala ubat yang anda ambil adalah yang disarankan oleh doktor..

Semoga info ini bermanfaat untuk anda dan pasangan..


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

1 comment: