Wednesday, September 24, 2014

MENGAPA MASIH TIDAK DIKURNIAKAN ANAK??

KETAHUI PUNCA KETIDAKSUBURAN ANDA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan zuriat mereka sendiri namun tidak semua yang berpeluang dikurniakan cahayamata.. Selepas enam bulan anda mencuba pasti mendatangkan perasaan yang gusar kerana anda masih lagi tiada tanda-tanda untuk hamil.. Seharusnya anda perlu mendapatkan rawatan dengan doktor untuk memastikan tahap kesuburan anda suami isteri.. Untuk mengetahui tahap kesuburan ini, kedua-dua pihak harus menjalani ujian kesuburan, bukanlah hanya satu pihak sahaja.. Untuk pengetahuan anda, masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita adalah 1/3 manakala 1/3 lagi dikaitkan dengan lelaki dan selebihnya adalah faktor yang tidak dapat dikenalpasti.. Disebabkan itulah mengapa perlunya kedua-dua pihak perlu menjalani ujian kesuburan..






Anda pasti tahu bahawa wanita yang mahu hamil perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovari dan telur mesti melalui tiub fallopio untuk bergabung dengan sperma langsung terus melekat di dinding rahim.. Sekiranya terdapat masalah yang berlaku disalah satu langkah yang dinyatakan tersebut maka ianya akan menjadi penyebab kenapa anda masih tidak hamil.. Mari ketahui punca ketidaksuburan wanita dan lelaki..

PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA

1- GANGGUAN TELUR
Keseimbangan hormon amat penting untuk anda hamil kerana jika hormon tidak seimbang akan mengalami gangguan dalam proses ovulasi sehingga menyebabkan telur tidak mencapai tahap matang.. Jika anda mempunyai masalah berat sama ada telalu kurus ataupun terlalu berat maka keseimbangan hormon anda akan terganggu.. Selain itu jika anda mengalami perubahan berat badan secara mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid anda tidak berfungsi dengan baik juga akan mengganggu keseimbangan hormon anda.. Dengan melalui ujian hormon, puncanya dapat dikenalpasti..

2- SALURAN TIUB FALLOPIO TERSUMBAT
Punca berlakunya masalah ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat.. Mungkin juga anda hamil luar rahim dan kandungan luar rahim anda melekat di tiub fallopio bukannya melekat di rahim atau mungkin terdapat endometriosis.. Untuk mengetahui masalah sebenar, anda perlu menjalani ujian HSG (hysterosalpingogram) atau Laparoshopi..

3- ENDOMETRIOSIS
Endometriosis terjadi apabila endometrium iaitu tisu dari selaput dalam rahim berkembang dan tumbuh di luar rahim.. Mungkin juga terdapat sedikit tisu endometrium melalui di dalam tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid maka ini menyebabkan terjadinya radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.. Laparoskopi dapat membantu mengenalpasti puncanya..

4- ANTIBODI MENYERANG
Kes yang amat jarang berlaku ini terjadi dimana tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi yang membentuk antibodi dan menyerang sel gamet (telur dan sperma).. Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku dan disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak berlaku..

5- MASALAH RAHIM
Apa yang sering terjadi kepada wanita adalah fibroid rahim dimana keadaan ini terdapat ketumbuhan di dalam rahim ( tidak mengakibatkan kanser ) yang terbentuk dari lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim.. Fibroid boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa kedatangan haid.. 

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI


1- SPERMA TIDAK MATANG
Punca masalah ini berlaku mungkin akibat jangkitan kuman semasa kanak-kanak yang mengakibatkan lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi.. Masalah kualiti sperma yang rendah disebabkan oleh pembuluh darah yang membengkak di alat kelamin.. Punca lainnya adalah disebabkan gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik.. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh menyebabkan kekurangan kualiti sperma namun ianya hanya bersifat sementara..
 
2- GANGGUAN PENGANGKUTAN SPERMA
Dalam 4% daripada ketidaksuburan lelaki adalah disebabkan air mani mencukupi dapat dihasilkan namun tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat.. Keadaan ini sama seperti masalah salur tiub fallopio tersumbat..

info- air mani yang dikatakan berkualiti normal adalah apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1mililiter air mani..

                
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment