Friday, September 5, 2014

KENALI WAKTU SUBUR ANDA

6 CARA KENALI WAKTU SUBUR


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti akan berusaha untuk mendapat cahaya mata kan?? Bukan sahaja pasangan yang baru berkahwin, malah pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata juga sedang berusaha untuk menimang cahaya mata sendiri.. 

Sebelum anda ingin hamil anda perlu tahu langkah-langkah awal sebelum hamil untuk persediaan tubuh anda.. Anda boleh rujuk di 3 LANGKAH AWAL SEBELUM HAMIL.. Setelah anda faham dan ikuti langkah-langkah tersebut, anda boleh mencuba dengan kenali waktu subur anda.. Dengan cara ini, anda lebih mudah untuk hamil.. Jom kita kenal pasti waktu subur anda..

1 - PERUBAHAN MUKUS SERVIKS

Apabila telur anda sedia untuk disenyawakan, terdapat perubahan pada mukus serviks sama ada dari segi amaun ataupun bentuk fizikal.. Kebiasaanya, jika bukan dalam tempoh pengovulan, mukus serviks dalam keadaan melekit ataupun tiada langsung.. Apabila tiba tempoh pengovulan, mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur dan mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih..

KELEBIHAN :-
  • Kaedah ini 100% percuma
  • Petunjuk paling tepat untuk anda lakukan hubungan asmara agar memudahkan proses kehamilan
  • Anda dapat kenali tubuh anda dengan baik

KELEMAHAN :-
  • Sebahagian wanita keliru ketika menggunakan kaedah ini
  • Bukan petunjuk jelas.. Mukus serviks mungkin ada tetapi anda tidak berjaya untuk melakukan pengovulan.. ( biasa berlaku kepada wanita yang menghidap PCOS )
  • Jika anda menggunakan clomid atau antihistamine boleh menyebabkan mukus serviks anda kering dan anda sukar untuk mengesannya..

2- KEINGINAN SEKS MENINGKAT


Mengikut kajian, apabila wanita di dalam tempoh subur mereka lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim.. Kebiasaannya berlaku beberapa hari sebelum pengovulan berlaku.. Ketika inilah waktu paling tepat untuk anda lakukan seks jika anda ingin hamil..
 
KELEBIHAN :-
  • Walaupun anda tidak berupaya untuk melalui waktu pengovulan, sekurangnya anda dapat menikmati saat yang indah bersama suami anda..

KELEMAHAN :-
  • Tekanan yang dihadapi untuk mendapatkan zuriat akan membantutkan keinginan seks anda.. Kegusaran yang melanda menyebabkan anda dingin seks
  • Ia juga bukanlah petunjuk yang jelas kerana anda mungkin perasan keinginan seks meningkat bila-bila masa sahaja sepanjang kitaran haid termasuk juga sehari sebelum haid..

3- PAYUDARA LEMBUT


Sebahagian wanita akan mengalami tanda seperti ini sebelum ovulasi.. Keadaan ini berlaku kerana hormon didalam badan sedang bersiap sedia untuk kehamilan yang mungkin akan terjadi..

KELEBIHAN :-
  • Kaedah ini percuma
  • Anda dapat mengenali tubuh anda dengan baik

KELEMAHAN :-
  • Bukan juga petunjuk yang tepat
  • Payudara menjadi lembut semasa sebelum dan selepas tempoh pengovulan dan boleh juga berlaku sebelum haid.. Kemungkinan juga disebabkan oleh kesan sampingan oleh penggunaan ubat kesuburan

4- PERUBAHAN SUHU TUBUH BASAL ( BBT )

Kaedah mencatat BBT adalah antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengesan ovulasi di kalangan wanita yang ingin hamil.. Selepas tempoh pengovulan, BBT akan meningkat dan kekal tinggi kerana kehadiran hormon progesteron.. Anda dapat mengesan sebarang perubahan suhu badan dengan mencatat BBT..

KELEBIHAN :-
  • Sekiranya suhu badan anda meningkat, anda hampir positif dengan proses pengovulan..
  • Catatan yang anda buat dapat membantu doktor untuk merawat anda melakukan diagnosis

KELEMAHAN :-
  • Tidak mampu memberi sebarang tanda bahawa tempoh pengovulan hampir tiba.. Hanya sah selepas tempoh itu..
  • Sekiranya waktu tidur anda tidak menentu atau bekerja pada waktu malam, carta BBT tidak dapat membantu..

5- PERUBAHAN KEDUDUKAN SERVIKS


Ianya sama seperti perubahan mukus serviks, apabila proses pengovulan berlaku kedudukan serviks akan turut berubah.. Semakin anda subur, semakin tinggi, lembut dan terbuka serviks anda..

KELEBIHAN :-
  • Percuma
  • Bantu anda kenal tubuh
  • Membantu anda mengesan tempoh pengovulan walaupun mukus serviks kering akibat penggunaan clomid dan antihistamine

KELEMAHAN :-
  • Sesetengah wanita keliru ketika menggunakan kaedah ini
  • Bukan petunjuk tepat kerana sama seperti mukus servik bahawa anda mendapat petunjuk bahawa serviks mungkin subur tetapi anda tidak berupaya melalui proses pengovulan

6- UJIAN PETUNJUK TEMPOH SUBUR


Kaedah terakhir yang anda boleh mencuba untuk mengesan tempoh subur anda ialah dengan menggunakan kit petunjuk tempoh kesuburan.. Anda hanya perlu menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali selama seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan..

KELEBIHAN :-
  • Jika anda tidak menggunakan kaedah BBT dan mukus serviks anda kering, kaedah ini adalah penggantinya.. 
  • Kaedah ini juga boleh digunakan sekali dengan carta BBT untuk lebih mengesahkannya..

KELEMAHAN :-
  • Kaedah ini agak mahal berbanding kaedah yang lain
  • Anda mungkin memerlukan lebih dari satu kit untuk setiap kitaran
  • Bukan petunjuk jelas kerana keputusan anda mungkin positif ttapi anda tidak berupaya untuk melalui proses pengovulan..

Anda boleh mencuba kesemua cara diatas.. Walaupun mempunyai kelemahan, sekurangnya anda dapat mengenal tubuh anda dan anda dapat tentukan sendiri cara yang mana sesuai dengan anda.. Seperti yang biasa orang cakap '' tidak cuba tidak tahu, dah cuba baru tahu ''.. Bagi anda yang mempunyai masalah kesuburan, anda boleh membaca di PUNCA WANITA TIDAK SUBUR..

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya hamil hendaknya.. Jangan lupa juga untuk amalkan doa untuk dapat zuriat dan jangan pernah putus berdoa dan berputus asa untuk terus mencuba..




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment