Wednesday, September 3, 2014

DIGIGIT BAYI KETIKA MENYUSU

TIPS ELAKKAN DIGIGIT BAYI KETIKA MENYUSU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Situasi digigit ketika menyusukan bayi ini pasti akan dilalui oleh kesemua ibu.. Ida sendiri juga mengalami perkara yang serupa dengan anda.. Geram juga ada apabila digigit.. Apabila selalu digigit, puting akan luka dan akan terasa sakit lagi walaupun sudah dilepaskan.. Pasti akan mengganggu untuk meneruskan penyusuan eksklusif..

Kebiasaannya, bayi akan menggigit apabila gigi-gigi nya mula tumbuh sama ada secara sengaja ataupun tidak.. Tetapi bagi ida, ida perasaan apabila haezhal mempunyai gigi baru hendak tumbuh, haezhal akan mula menggigit ketika menyusu.. Mak mertua ida beritahu yang haezhal gatal gusi sebab itu dia menggigit.. Jom ida kongsikan beberapa tips untuk elakkan anak daripada menggigit..

TIPS ELAK DARI DIGIGIT


  • ALIHKAN BAYI
Langkah yang anda boleh mencuba dari gigitan bayi ialah mengalihkan bayi dari payudara anda secara lemah lembut dan berhemah.. Biarkan bayi berbaring sendirian seketika sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan.. Dengan langkah ini, kita boleh mendidik bayi sekiranya dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.. 

  • TEKAP MUKA BAYI
Ketika bayi mula hendak menggigit, anda tekapkan muka bayi ke arah dalam payudara.. Secara tidak langsung, bayi akan mengalami sesak nafas dan akan mendorong dia untuk melepaskan gigitannya supaya dia dapat bernafas semula.. Apabila anda kerap lakukan langkah ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa sekiranya dia menggigit dia akan mengalami kesukaran bernafas.. Diharap bayi akan mengelakkan dari untuk terus menggigit di sesi penyusuan yang seterusnya..

  • POSISI SELESA
Pastikan anda dan bayi dalam posisi yang selesa ketika sesi penyusuan berlangsung.. Sekiranya anda mahupun bayi anda berada dalam keadaan tidak selesa, segeralah bertukar ke arah posisi yang lebih selesa untuk mengelakkan dari bayi mula menggigit..

  • BERIKAN ALAT GIGITAN LAIN
Sediakan alatan lain seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan didalam peti sejuk untuk digigit oleh bayi.. Alatan ini dapat memenuhi kehendak bayi untuk menggigit bagi menghilangkan rasa gatal gusinya itu.. Sentiasa sediakan alat bantuan ini sebagai alternatif untuk mengelakkan dari diri anda digigit lagi..

  • CARI PUNCA
Yang sebenarnya, anda dapat mengelakkan diri dari di gigit sejak awal sesi penyusuan lagi.. Anda hanya perlu kenal pasti punca anda sering di gigit oleh bayi.. Kemungkinan anda digigit disebabkan oleh perasaan kecewa bayi kerana tidak mendapat susu seperti yang diingini olehnya.. Sekiranya itu puncanya, anda perlulah merangsang penghasilan susu sebelum sesi penyusuan dimulakan.. Antara yang anda boleh lakukan ialah, letakkan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam pada payudara anda selama beberapa minit untuk melancarkan pengaliran susu..

  • LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila terasa anda akan digigit, segera masukkan jari kelingking disebelah tepi mulutnya untuk meleraikannya dari payudara anda.. Jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba dengan menarik payudara anda kerana ini akan menyebabkan puting payudara anda cedera dan tentunya akan lebih menyakitkan anda..

  • AMATI CORAK PENYUSUAN
Di akhir sesi penyusuaan juga anda dapat elakkan daripada di gigit bayi..Anda hanya perlu kenal pasti sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana sudah kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.. Anda perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menghentikan penyusuan apabila bayi mula tunjukkan tanda-tanda akan menggigit..

  • ELAK DARI MENJERIT
Elakkan diri daripada menjerit kepada bayi apabila dia mula menggigit.. Jangan sesekali menampar atau memukul pipinya kerana ini akan menyebabkan bayi menjadi takut untuk meneruskan sesi penyusuan. Malah lebih teruk lagi, bayi mungkin enggan lagi meneruskan penyusuan eksklusif..

Itulah di antara tips-tips yang anda boleh mencuba sekiranya anda di gigit ketika sesi penyusua berlansung.. Selamat mencuba dan semoga berhasil setelah anda mengikuti tips-tips tersebut..

INFO


* Susu ibu juga boleh digunakan sebagai penawar sakit puting akibat digigit oleh bayi.. Hanya perlu titiskan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan urut secara perlahan dan lembut..

                 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com 
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment: