Saturday, September 6, 2014

BAGAIMANA NAK ATASI ANAK MUNTAH

PENYUSUAAN SUSU IBU BANTU ATASI MUNTAH


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pasti ramai ibu bapa yang bimbang akan situasi ini.. Apabila anak sering muntah selepas menyusu, ibu-ibu akan mula bimbang dan khuatir tentang keadaan bayi.. Untuk pengetahuaan ibu-ibu, bayi muntah selepas menyusu adalah sesuatu yang biasa dan sering terjadi..

Banyak kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana :-
  • Kebiasaan bayi akan termuntah sedikit selepas penyusuaan kerana sistem penghadamannya belum matang.. Ini menyebabkan isi kandungan di dalam perut mudah naik ke esofagus ( tiub yang menghubungkan mulut dan perut )..
  • Bayi akan muntah disebabkan memperolehi terlalu banyak susu dan ini mungkin berlaku apabila bayi menyusu terlalu agresif atau payudara anda terlalu penuh..
  • Bayi akan menelan lebih banyak udara dan muntah dengan kerap sekiranya perhatiannya ketika menyusu terganggu atau meragam ketika sesi penyusuan..

Anda perlu beri lebih perhatian sekiranya bayi beri tanda-tanda seperti mengalami masalah penghadaman.. Adakah bayi anda gagal meningkatkan berat badannya?? Bayi anda lebih cerewet berbanding bayi seusianya?? Adakah bayi anda kerap batuk yang bukan disebabkan cuaca sejuk?? Sekiranya kebanyakan jawapan anda adalah tidak, maka anda tidak perlu risau dan khuatir..

LANGKAH-LANGKAH PENYUSUAN MEMINIMUMKAN MUNTAH


  • Setiap kali bayi anda memberi isyarat mahukan susu, terus sahaja berikan bayi susu dan menyusu dengan kerap.. Penyusuan yang sedikit tetapi kerap akan melancarkan penghadaman..
  • Pastikan bayi anda melekap dengan baik untuk mengurangkan bayi menelan lebih banyak udara..
  • Perhatikan bayi dan isyaratnya dalam menentukan apa yang terbaik untuk mengurangkan simptom refluks
  • Galakkan bayi menghisap payudara (bukan untuk mendapatkan nutrisi) memandangkan penghisapan seperti ini boleh mengurangkan keradangan dan meredakan pedih ulu hati..
  • Biarkan bayi habiskan sesi penyusuan disebelah payudara dahulu (dengan menunggu dia menolak puting atau tertidur) sebelum anda menawarkan yang sebelah lagi.. Jangan mengganggu ketika bayi sedang aktif menghisap kerana sekiranya anda kerap melakukan perbuatan ini akan menjadi punca bayi muntah berlebihan..
  • Cuba menyusukan bayi dengan posisi semi-upright atau duduk mahupun berbaringsupaya perut bayi bersentuhan dengan perut anda..
  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap dan elakkan pergerakan kasar atau pantas selepas bayi selesai menyusu..
  • Kurangkan atau singkirkan kafein dalam diet harian anda kerana kafein yang berlebihan akan menyebabkan refluks kepada bayi..
  • Sekiranya bayi kuat meragam ketika menyusu, kerap lakukan sentuhan kulit ke kulit.. Anda juga boleh menyusukannya dalam keadaan bergerak ( berjalan atau berayun )
  • Elakkan menekan abdomen bayi anda kerana akan meningkatkan refluks dan ketidakselesaan.. Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang longgar malah lampin juga perlu dipakai longgar..

Semoga panduan ini dapat mengurangkan masalah muntah bayi anda selepas penyusuaan.. Selamat mencuba dan berjaya mengurangkan masalah muntah bayi anda selepas penyusuan..



  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment