Thursday, September 18, 2014

BAGAIMANA MAHU TENANGKAN BAYI MENANGIS???

TEKNIK TENANGKAN BAYI MENANGIS


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pasti ibubapa yang baru melalui pengalaman menjadi ibu bapa tercari-cari dan ingin mengetahui teknik dan bagaimana mahu menenangkan bayi mereka yang sedang menangis.. Semalam ida ada kongsikan bagaimana mahu mengetahui punca bayi menangis.. Bagi yang masih belum membacanya, jom kita kaji dulu TEKNIK MENGETAHUI PUNCA BAYI MENANGIS..

Setelah anda mengetahui punca bayi anda menangis, barulah anda dapat menenangkannya mengikut punca bayi anda menangis.. Terdapat pelbagai teknik untuk menenangkan bayi anda yang sedang menangis.. Jom kita ikuti, apakah teknik-teknik tersebut..

ANTARA TEKNIK MEMUJUK BAYI ANDA

1- BERI SUSU
Pada bulan pertama kelahiran bayi, kebiasaan punca menangisnya adalah kelaparan.. Cara yang paling berkesan adalah dengan memberinya susu ibu dan cara ini akan membuatnya terus berhenti menangis apabila anda acukan puting payudara anda ke dalam mulutnya..

2- MEMBEDUNGNYA
Bedung bayi yang baru lahir menggunakan selimut bayi dengan kemas agar dia berasa tenang dan selamat.. Letaknya kebawah untuk tidur tanpa mencabut bedungnya itu..

3- MENEPUKNYA
Berikan tepukan yang lembut dan usapan manja di belakang tubuh dan perutnya secara berirama agar dapat memberi ketenangan kepada si manja.. Tepukan lembut dibelakang badannya juga dapat membantunya untuk sendawa jika bayi anda mengalami masalah kembung yang menjadi puncanya menangis..

4- MEMBELAINYA
Kebiasaannya, ini merupakan jenis hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk bertenang dan berhenti menangis.. Sekiranya bayi anda lebih tenang apabila anda mendukungnya secara tegak pada bahu atau keadaan mukanya menghadap kebawah di dalam lengan anda, kemungkinan ada angin didalam badannya yang menyebabkan dia tidak selesa dan menangis..

5- MEMBERI SESUATU UNTUK DIHISAP
Hampir kesemua bayi berasa tenang apabila menghisap sesuatu.. Berikannya sesuatu untuknya hisap agar dia lebih bertenang.. Kadang kala jika diperhatikan, bayi yang mula pandai menghisap jarinya sendiri akan tenang dan diam sendiri bila menangis.. Jari anda yang bersih juga mungkin dapat mententeramkannya dan kadangkala dapat menidurkannya..

6- AYUNKAN SECARA BERIRAMA
Pergerakan biasanya dapat membantu menghentikan tangisan bayi malah kadangkala dapat menidurkannya.. Ayunkannya di dalam lengan anda secara berirama.. Jika bayi anda masih tidak bertenang, cuba ayunkannya lebih cepat ataupun gerakkannya ke atas dan ke bawah dengan cara anda menjengketkan satu demi satu kaki anda..

7- MENGALIHKAN PERHATIANNYA
Kadangkala, apabila bayi melihat sesuatu yang menarik perhatiannya akan membuatkan bayi tersebut terlupa mengapa dia menangis.. Tunjukkannya corak yang terang, berwarna-warni, bunyi-bunyian ataupun cermin.. Wajah pada cermin adalah tarikan yang baik untuk menenangkannya.. Anda boleh mendukungnya ke sekeliling rumah untuk melihat gambar atau wajahnya di cermin dan sekaligus dapat menenangkannya..

             
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment