Monday, September 29, 2014

ANTARA MAKANAN UNTUK PERSEDIAAN HAMIL

17 TIPS MUDAH BUAT SUAMI ISTERI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Amalan pemakanan sihat amat perlu dititikberatkan sebelum anda merancang untuk hamil.. Amalan ini tidak mengira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.. Untuk pengetahuan anda, amalan pemakanan yang sihat dapat dikaitkan dengan tahap kesuburan seseorang itu.. Dengan pemakanan yang sihat, anda dapat menjalani fasa kehamilan yang sihat dan cergas.. Disebabkan itu, amat penting untuk anda dan suami mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.. Sebelum ini juga ida ada kongsikan perkara yang anda perlu buat sebelum hamil dan di dalam entry tersebut juga mengatakan pentingnya amalan pemakanan yang sihat.. Anda boleh baca di sini PANDUAN SEBELUM HAMIL.. Jom ikuti beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan anda..


1- PERBAIKI GAYA MAKAN ANDA
Anda dan suami perlu merancang diet dengan merancang pemakanan yang sesuai di ambil, sebaiknya makanan lemak perlu di jauhi dan melebihkan pengambilan serat.. Anda perlu mengambil hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju didalam hidangan harian anda..
Kekurangan sumber nutrien di dalam badan akan mempengaruhi kitaran haid yang menyebabkan anda sukar untuk meramal hari subur anda.. Disamping itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik dapat membantu membentuk sperma yang sihat dan berkualiti..

2- AMALKAN SUPLIMENT TAMBAHAN
Walaupun anda merasakan bahawa anda telah mengambil nutrien pemakanan yang mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda disarankan untuk mengambil supliment tambahan.. Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan peluang kehamilan anda dengan mendapat sumber asid folik dan nutrien lain di dalam supliment tersebut..

3- MENGAMBIL ASID FOLIK
Kebanyakan doktor akan mencadangkan untuk mengambil asid folik seawal tiga bulan sebelum kehamilan kerana asid folik ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida.. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis.. Asid folik ini juga amat penting di dalam tigu bulan pertama kehamilan, malah asid folik ini juga dapat meningkatkan peluang untuk anda hamil.. Sekurang-kurangnya anda perlu mengambil 4mg asid folik setiap hari malah jika dalam keluarga anda mempunyai sejarah kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang tinggi..
Anda perlu rujuk dengan doktor untuk mengetahui dos yang bersesuaian.. Asid folik adalah sejenis vitamin larut air maka tubuh anda akan membuang lebihan asid folik yang tidak digunakan.. Jika anda memasak sayuran yang mengandungi asid folik, jangan menggunakan air terlalu banyak untuk mengelakkan pembaziran asid folik yang terlarut di dalam air..

4- BERAT BADAN IDEAL
Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, anda perlu mengurangkan berat badan anda ke tahap ideal.. Manakala, bagi yang mempunyai berat badan yang kurang, anda perlu menambahkan sedikit berat anda ke tahap yang bersesuaian.. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, ianya amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesuburan anda.. 
Sekiranya berat anda berlebihan, anda dikhuatiri akan mengalami komplikasi ketika hamil dan jika terlalu kurus, dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat ataupun pramatang.. Bagi yang mempunya berat badan berlebihan, anda boleh melakukan rutin senaman yang teratur dan mencuba mengurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu.. Namun, jika anda menurunkan berat badan secara drastik akan menyebabkan ovulasi tidak berlaku..

5- JAUHI TABIAT BURUK
Sekiranya anda mahupun suami anda mempunyai tabiat buruk seperti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah atau ubat-ubatan melainkan atas nasihat doktor, anda perlu tinggalkan tabiat buruk tersebut.. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan kafein dan jauhi rokok dan golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada kandungan anda..

CARA PEMAKANAN ISTERI

Kekurangan zat dan nutrien boleh mengganggu kitaran haid dan ini menyukarkan anda untuk mengira waktu subur anda.. Jadi, ambil perhatian dalam jenis pemakanan yang anda perlu amalkan..

ASID FOLIK

Ia boleh diperolehi daripada sayuran hijau, buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam..

ZAT BESI DAN PROTIN

Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi.. Mnakala untuk protin pula ada boleh dapati daripada makanan tenusu, telur dan soya..

MAKANAN LAIN

Antara makanan lain yang membantu dalam menggalakkan tahap kesuburan wanita adalah tauge, kacang dal dan kacang botol..

DIET SUAMI MENGANDUNGI ZINK

Zink berfungsi dalam menghasilkan kualiti sperma yang bagus dan sihat..Zink membantu dalam meningkatkan hormon testosteron dan jumlah semen lelaki.. Jumlah keperluan harian dalam pengambilan zink adalah 11mg.. Antara makanan yang bayak mengandungi zink adalah seperti strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram.. Disamping itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink seperti asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate.. Sekiranya suami anda mengambil supliment zink, elakkan daripada mengambil kalsium atau susu secara serentak kerana kalsium mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh..

BETIK

Betik mengandungi vitamin C yang baik untuk meningkatkan kualiti sperma dan jika dijadikan amalan pengambilan vitamin C ini dapat mengeluarkan sperma yang sihat.. Asid folik, kalsium dan vitamin D adalah nutrien yang baik untuk meningkatkan penghasilan sperma..

KOPI

Ia dipercayai mampu meningkatkan keaktifan sperma namun tidak digalakkan untuk mengambil secara berlebihan..

MAKANAN DAN PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan sekiranya anda dan suami merancang untuk hamil dan mendapatkan zuriat yang sihat..

KAFEIN

Terdapat satu kajian di Amerika yang mendapati dengan pengambilan kafein lebih daripada tiga cawan sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding dengan bukan peminum kafein..

ALKOHOL

Anda perlu mengelakkan pengambilan alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba hamil.. Sekiranya si suami mengambil alkohol dalam jumlah yang berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron.. Malah untuk jangka masa panjang, buah zakar akan menjadi lemah..

ROKOK

Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan dan di Finland mendapati satu kajian bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul.. Malah lelaki akan mengeluarkan sedikit sahaja sperma ketika ejakulasi dan si perokok perlu berhenti merokok tiga bulan sebelum merancang untuk hamil..

IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI

Terdapat beberapa ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti todak, jerung dan makerel.. Sekiranya merkuri berkumpul di dalam tubuh, ia akan membahayakan dan memudaratkan bayi yang bakal di kandung itu.. Anda boleh memakan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna..

MAKANAN TERTENTU

Makanan lain yang perlu dielakkan adalah seperti daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur (keju lembut).. Makanan tersebut berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis.. Jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.. Anda perlu memastikan sebelum anda memakan sesuatu makanan, anda perlu memanaskan makanan tersebut dahulu untuk mengelakkan jangkitan listeriosis..

          
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment