Monday, September 15, 2014

Anak saya stress??

ADAKAH ANAK ANDA STRESS??

Tahukah anda bahawa kanak-kanak juga mengalami stress?? Ya, kanak l-kanak juga mengalami stress sehingga boleh menyebabkan kemurungan dan menjejaskan perkembangannya.. Ianya terjadi disebabkan wujud perasaan 'sedikit risau' dalam dirinya..

Kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan lebih suka bersendirian, termenung, meragam, kelihatan tidak bermaya, kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa.. Kelakuan mereka mungkin akan menjadi lebih pemarah, resah, kurang sabar dan tidak suka ditegur malah menunjukkan pelbagai tingkah laku yang kurang menyenangkan..

Jika kanak-kanak menghadapi masalah stress atau murung, ini mungkin akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami situasi seperti :-
1- kencing malam
2- sakit perut
3- termenung
4- kurang selera makan
5- menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara

Antara panduan untuk membantu kanak-kanak mengatasi tekanan yang dihadapinya ialah :-

PANDUAN MENANGANI ANAK STRESS


1 KEBOLEHAN BERBEZA
Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza.. Sekiranya anak anda menunjukkan tidak berminat terhadap aktiviti yang sedang dilakukan, jangan sesekali memaksanya untuk melakukan aktiviti tersebut.. Cari sesuatu aktiviti yang dia berminat.. Cara ini tidak memberi tekanan kepadanya..


2 KOMUNIKASI
Cara ini adalah yang terbaik untuk mengetahui apa yang diingini oleh anak anda.. Dengan cara ini, dia dapat meluahkan isi hatinya dan rasa tidak puas hatinya kepada anda.. Anak-anak akan menyedari bahawa cara komunikasi ini mampu memberinya peluang untuk membuat pilihan..

3 BERI TANGGUNGJAWAB
Sediakan tugasan yang perlu dia lakukan dan dengan cara ini, dapat mengajarnya untuk menyusun dan merancang kerja.. Secara tidak langsung dapat mengawal tekanan yang dihadapinya..

4 LAWAK JENAKA
Ajar si kecil untuk mengatasi masalah secara positif.. Tidak salah jika menjadikan lawak jenaka sebagai satu cara untuk dia melupakan rasa kebimbangan dalam dirinya.. Secara tidak langsung dapat mengelakkan anak dari menjerit dan membuat ragam..

5 DENGAR MUZIK
Tenangkan anak anda dengan mendengar muzik dan anda boleh menyanyi bersamanya.. Rasa murungnya akan hilang dan kelihatan lebih ceria selepas mendengar muzik..

6 JOM MENARI
Ajak anak anda menari sekali ketika mendengar muzik dan biarkan dia melompat dan menggerakkan badannya.. Muzik yang rancak dapat membuatkan kanak-kanak rasa lebih seronok..

7 LAYANAN MESRA
Beri perhatian kepadanya dengan memberikan pelukan dan sentuhan kepadanya.. Dengan cara ini, dia akan berasa lebih tenang dalam dirinya..


8 MASA UNTUK BEREHAT
Ibubapa perlu ingat bahawa kanak-kanak memerlukan masa untuk berehat.. Anak-anak perlukan ruang privasinya sendiri tanpa ada gangguan malahan daripada ibubapanya sendiri!! Ia mungkin berlaku akibat daripada keletihan dengan rutin harian di taman asuhan yang mempunyai pelbagai aktiviti..

9 TERIMA EMOSI ANAK
Jangan sesekali menidakkan perasaan anak yang inginkan sesuatu.. Ada sesetengah ibubapa menganggapnya sebagai mengada-ngada.. Emosi yang di terima baik mengajar anak-anak untuk berterus terang dan menerima dirinya dengan baik..

10 TELITI KELUHAN ANAK
Keluhan di kalangan kanak-kanak perlu diteliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan masalah yang timbul.. Jika ia berkaitan dengan psikososial kanak-kanak, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan..

Semoga info ini berguna kepada ibubapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah stress..

No comments:

Post a Comment