Thursday, September 4, 2014

3 LANGKAH AWAL SEBELUM HAMIL

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebelum anda ingin hamil, anda perlu ingat bahawa anda suami isteri adalah tonggak utama untuk menjayakan misi itu.. Anda berdua perlulah lebih prihatin dalam memantau tahap kesihatan diri sebelum anda ingin melangkah ke arah mendapatkan cahaya mata.. Untuk mendapat cahaya mata, anda bukan hanya perlu melakukan hubungan intim ketika waktu subur sahaja tetapi anda perlulah memastikan bahawa anda berdua sihat luar dan dalam sebelum mencuba..

Bukan sahaja tahap kesihatan isteri perlu dijaga tetapi, tahap kesihatan suami juga perlu dijaga kerana suami membawa sperma.. Sekiranya tahap kesihatan suami tidak dijaga rapi, bilangan, motiliti dan ciri-ciri fizikal sperma akan terganggu akibat daripada pengambila alkohol, pengambilan makanan tidak sihat, amalan merokok, pencemaaran di sekitarnya, penyakit-penyakit tertentu dan pengambilan ubat-ubatan.. 

Masih belum terlambat untuk anda berubah ke arah amalan hidup sihat, sekurangnya cubalah 3 bulan untuk menjalani amalan hidup sihat dan singkirkan apa sahaj perkara yang tidak sihat untuk diri dan juga bayi yang bakal dikandung.. Anda juga perlu memastikan tahap kesuburan anda suami isteri berada di tahap yang baik.. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin dan masih tidak dikurniakan cahaya mata, anda boleh rujuk di PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR dan PUNCA WANITA TIDAK SUBUR untuk ketahui punca anda masih tidak dikurniakan cahaya mata..

3 LANGKAH AWAL YANG ANDA PERLU IKUTI


LANGKAH 1

1 - PENGAMBILAN ASID FOLIK
      * Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk hamil, anda seharusnya mula mengambil supliment asid folik 400mg sehari.. Seeloknya anda mengambil 3 bulan sebelum hamil kerana supliment ini sangat penting untuk menghalang bayi daripada mengalami masalah spina bifida atau ketidaksempurnaan tempurung kepala..
        Dengan pengambilan asid folik dalam jumlah yang betul sebelum dan sepanjang kehamilan, anda dapat mempersiapkan diri dengan bekalan asid folik mencukupi bagi melindungi bayi dan membantu pembentukan tulang belakangnya berjalan lancar
        Selain dari supliment, anda juga boleh mendapatkan bekalan asid folik melalui bayam, brokoli atau makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin..


2 - PEMAKANAN
      * Sama ada anda lebih atau kurang berat badan, anda perlu lebih prihatin dengan isu ini.. Anda perlu makan dalam jumlah yang seimbang setiap hari.. Pilihlah makanan yang pelbagai dan jangan hanya tertumpu kepada makanan kegemaran semata-mata.. Dalam pemilihan buahan dan sayuran, pilihlah yang segar-segar kerana ia mengandungi kumpulan vitamin B yang sangat penting untuk pembentukan sel.. Jangan lupa juga dengan makanan yang berserat, daging, kekacang dan juga produk tenusu..
        Apabila anda ikuti amalan pemakanan ini dengan tekun, anda berdua akan memperolehi sumber vitamin, mineral dan pelbagai jenis zat makanan yang sangat diperlukan ketika hamil nanti.. Makanan bergula dan berkabohidrat perlu dielakkan kerana akan mengganggu proses penghasilan telur wanita..

LANGKAH 2

1 - PENYINGKIRAN
     * Sebaiknya singkirkan segala amalan hidup yang tidak sihat.. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk bayi yang bakal dilahirkan juga..

2 - JAUHI ROKOK
     * Kita semua tahu bahawa roko merbahayakan kesihatan.. Sebaiknya cubalah berhenti ataupun kurangkan kuantiti rokok yang diambil setiap hari.. Rokok memberi kesan kepada kualiti sperma.. Anda juga boleh membaca di CARA BERHENTI MEROKOK  

3 - ELAKKAN ALKOHOL
     * Apabila anda mengambil alkohol, ini bermakna anda mengurangkan peluang untuk memiliki anak.. Sangat merugikan apabila anda mengambil alkohol secara berlebihan kerana mengurangkan peluang untuk hamil..

LANGKAH 3

1 - SENAMAN
     * Apabila anda melakukan senaman secara berkal, anda membantu tubuh anda lebih cergas dan sihat.. Secara tidak langsung ia merangsang hormon terutamanya hormon yang berkaitan dengan kehamilan untuk menjalankan fungsinya dengan baik.. Sebelum anda hamil juga, anda perlu memastikan tubuh anda cergas sama seperti atlet kerana kehamilan bakal menambah beban kepada tubuh anda.. Jadi, bersenamlah sekurangnya 30 minit setiap hari..

2 - KURANGKAN BERAT BADAN
     * Ini adalah perkara utama yang anda perlu lakukan untuk membolehkan diri anda kembali subur.. Terutamanya bagi anda yang menghidap polycystic ovary syndrome ( PCOS ).. Ubah corak pemakanan seharian dan kurangkan pengambilan makanan bergula dan berkabohidrat..

Itulah diantara langkah-langkah yang anda perlu ikuti sekiranya anda ingin hamil dan kekal sihat ketika hamil.. Cuba ikuti dan anda akan dapati diri anda lebih cergas dan sihat.. Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, eloklah sekiranya anda mengikuti langkah-langkah seprti di atas.. Semoga anda akan dikurniakan cahaya mata yang sihat dan comel..


             
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment